MENGAPA PEGAWAI PEJABAT PEGUAM NEGARA DILANTIK SEBAGAI kETUA PENGARAH SPRM?

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Melaka
*MENGAPA KERAJAAN LANTIK PEGAWAI DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA SEBAGAI KETUA PENGARAH SPRM BARU?*
1. Datuk Dzulkifli bin Ahmad yang baru dilantik sebagai Ketua Pengarah SPRM yang baru adalah orang penting yang punya kaitan menguruskan isu 1MDB dari pejabat AG Apandi Ali.
2. Beliau adalah ketua Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara(NRRET) yang diletakkan dibawah seliaan Peguam Negara . Pasukan ini telah ditugaskan untuk memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas termasuk siasatan keatas 1MDB.
3. Pasukan yang diketuai Datuk Dzulkifli Ahmad juga turut dianggotai pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negari(LHDN), Bank Negara Malaysia(BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Antara kemusykilan yang timbul ketika itu ialah bagaima awam melihat bagaimana SPRM disingkirkan dari kumpulan siasatan ini.
4. Oleh yang demikian pelbagai persoalaan yang boleh ditimbulkan. Tidak kurang juga ramai yang bimbang akan wujud konflik kerana seperti yang sedia maklum Pejabat Peguam Negara juga antara yang terkesan dengan tindakan yang diambil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat(DoJ) baru-baru ini.
5. Perlu diingat bahawa isu 1MDB ini telah mendapat liputan yang meluas. Dokumen setebal 136 muka surat yang didedahkan DoJ menyatakan dengan jelas siapa yang terlibat. Maka perlantikan ini juga boleh menimbulkan spekulasi dimana perlantikan individu yang mempunyai hubungan terus dengan AG Apandi Ali akan mempengaruhi keputusan SPRM selepas ini.
6. Atau jika benar perlantikan ini tidak memberi sebarang "kepentingan peribadi" kepada mana-mana pihak, maka kami mendesak agar Ketua Pengarah SPRM yang baru dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad untuk segera membuka kembali kertas siasatan berkenaan skandal 1MDB.
7. Kami juga mendesak supaya Datuk Dzulkifli Ahmad meyakinkan AG Apandi Ali untuk membenarkan kes ini disiasat dan sekaligus membuka kertas pendakwaan kepada nama-nama yang terlibat seperti Riza Aziz, Jho Low dan "Malaysian Official 1" menurut pendedahan yang dibuat pihak DoJ.
8. Jika ianya tidak dapat dilakukan maka kami beranggapan perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang baru oleh pihak kerajaan ibarat "cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru".
Sekian, terima kasih.
*Muhammad Syafiq Azmi*
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Melaka
30 Julai 2016
Share on Google Plus

About MSTC SDN BHD

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment