Adly Bidas Kenyataan Idris Haron Kononnya Amerika Mahu Bunuh Melayu


Pengerusi Parti Amanah Negeri Melaka, Tuan Hj Adly Zahari hari ini membidas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan(DoJ) Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan orang Melayu. Beliau juga turut merujuk dan memberi gambaran apa yang berlaku ke atas Iraq pada 2003 yang telah diceroboh Amerika Syarikat adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku kepada Malaysia.

Menurut Adly, inilah kedangkalan dan proses berterusan pimpinan UMNO baik diperingkat negeri dan nasional dalam mengalih tumpuan rakyat dari isu 1MDB yang juga mendapat liputan meluas seluruh dunia mutakhir ini. Begitu juga dengan media yang berpihak kepada mereka(UMNO) sedaya upaya untuk menyembunyikan setiap maklumat yang dilaporkan dari dunia luar yang terpalit pada pimpinan mereka.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi AMANAH melaka itu menyatakan, isu yang seharusnya dijawab oleh pimpinan UMNO ialah berkaitan segala dakwaan yang dibuat oleh pihak DoJ terhadap isu 1MDB. Mereka juga perlu mendesak agar ketiga-tiga nama yang telah disebutkan oleh DoJ seperti Riza Aziz, Jho Low dan Khadem Al Qubaisi dikesan serta ditahan untuk sisatan lanjut.

"Apakah yang ditakutkan negara Amerika Syarikat terhadap orang melayu di Malaysia hingga Datuk Seri Idris Haron membuat tanggapan negara barat tersebut mempunyai modus operandi yang sama ketika mahu menceroboh masuk Iraq?"

Atau sebenarnya ini adalah taktik lapuk Ketua Menteri dan rakan-rakan untuk terus memperbodohkan rakyat dibawah terutamanya bangsa melayu beragama Islam yang cukup sensitif bila isu agama dan bangsa dimainkan.

Dengan mengajak masyarakat bangkit kononnya Amerika Syarikat iri hati kepada polisi yang dibawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, tambah kenyataan itu

Oleh itu, AMANAH negeri Melaka mendesak agar Datuk Seri Idris Haron bersama teman lain dalam kabinet kerajaan persekutuan untuk memfokuskan perihal individu yang dinamakan sebagai MO1 mengikut laporan dikeluarkan oleh DoJ Amerika Syarikat dan juga siapakah B1 yang disebut dalam laporan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

"Isu sebenar tentang skandal 1MDB tidak boleh dielakkan lagi. MO1 adalah individu yang telah diterangkan secara jelas dalam laporan DoJ siapa walau tidak menyebut nama. Jika benar mahu menyelamatkan melayu seharusnya Datuk Seri Idris Haron membantu untuk membongkar skandal besar ini dan bukan terus memgalih isu dengan harapan rakyat akan terus percaya pada helah pemerintah yang ada."

Di dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah menyifatkan tuduhan Idris Haron kononnya Amerika Syarikat mahu “membunuh orang Melayu” selepas menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya sesuai di pentas pertandingan lawak.

“Perkasa yang merupakan juara Melayu pun tidak teruja dengan tuduhan tersebut. Pada mulanya ada menteri menuduh ia komplot untuk jatuhkan Najib, ada juga yang kata hendak porak-porandakan Malaysia.

“Hebat betul panglima setia Najib ini,” kata Raja Bahrin, yang juga ketua Amanah Terengganu.

Raja Bahrin mengingatkan Najib rapat dengan Presiden Barack Obama dan akur dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik walaupun dibantah rakyat.

Katanya, tiada negara luar mahu menyerang Malaysia.

“Kehancuran Malaysia, jika ia berlaku, bukan disebabkan kuasa luar. Malaysia akan dimusnahkan oleh mereka yang diamanahkan rakyat untuk memerintah negara dan para agamawan yang memilih untuk membisu,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment