Selamatkan Malaysia: AMANAH Melaka Sokong Deklarasi Rakyat


Saya menyokong deklarasi rakyat yang dibahaskan oleh Tun Mahathir, Muhyiddin, Pakatan Harapan, NGOs dan beberapa individu berpengaruh baru-baru ini.

Bahawasanya rakyat sememangnya dahagakan pimpinan dan kerajaan yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab yang tidak terpalit dengan kontroversi yang meragukan.

Sebagai rakyat, kita bukannya ingin menukar individu tertentu yang tidak berintegirti tetapi kita juga ingin menggantikan kerajaan yang ada sekarang dengan kerajaan yang lebih baik, telus, prihatin dan sentiasa mementingkan kepentingan arakyat. Kerajaan yang diimpikan itu juga mestilah mempunyai imej yang baik dan dipercayai oleh pihak luar supaya pelabur yakin utk melabur di negara kita.

Rakyat tidak kisah siapa yang menggagaskan perjuangan suci di atas, tetapi kita mahu pengisian dan objektifnya jelas.

Tidak ada gunanya menggantikan pemimpin lama jika pemimpin yang baru tetap mengekalkan sistem lama yang sudah ternyata gagal.

Tidak ada gunanya menggantikan pemimpin lama jika pemimpin baru juga datangnya dari Umno/BN yang silih berganti tetapi negara semakin teruk.

Sebagai tambahan kepada deklarasi tersebut saya mencadangkan supaya beberapa tambahan dibuat antaranya :

1) Kerajaan yang ada pada hari ini mesti memberikan mandat kepada rakyat utk memilih kerajaan baru melalui PRU 14 yang mesti diadakan secepat mungkin

2) Umno/BN mesti dikalahkan pada PRU 14 bagi membolehkan kerajaan baru ditubuhkan bukan lagi dari Umno/BN

3) Semua pihak mesti berlapang dada untuk bekerjasama di antara satu sama lain bagi memastikan Umno/BN kalah pada PRU 14 nanti

4) Anwar Ibrahim harus dibicarakan semula bagi meyakinkan rakyat dan seluruh dunia kepada sistem kehakiman kita

5) Mahathir,Muhyiddin, Shafei serta lain-lain harus sedar bahawa parti lama mereka iaitu Umno sudah tidak boleh dipercayai lagj. Mereka wajar mengajak seluruh ahli Umno menolak kepimpinan dan parti Umno kerana jelas sudah tersasar jauh.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Pengarah Komunikasi & Media
AMANAH MELAKA
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment