SELAMATKAN MALAYSIA: Kini Masanya Untuk Kita Bersatu!



Lupakan kisah silam, bersatu selamatkan negara, kata pengarah strategi Amanah

Gerakan Selamatkan Malaysia bukan satu "alignment (penjajaran) semula" parti politik di negara ini tetapi satu kebangkitan rakyat menyelamatkan negara, kata pengarah strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider, beliau berkata, berdasarkan kepada masalah negara, sekarang bukan masa semua pihak mengungkap kisah silam, tetapi masa untuk rakyat bertindak tanpa mengira kelompok politik.

"Yang perlu didepani dan ditangani segera adalah penguasa zalim sekarang ini, yang sedang merosakkan kedaulatan undang-undang serta segala tata-kelola pemerintahan dan ekonomi-kewangan,  akibat kerakusan dan pembolotan dan tabiat pembaziran mereka," katanya.

Dzulkefly berkata, rakyat merupakan mangsa yang paling teruk menanggung segala kesengsaraan dan kehimpitan hidup akibat kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin negara mutakhir ini.

"Justeru, jangan ada seorang pemimpin pun di kalangan penganjur gagasan Selamatkan Malaysia ini mengambil posisi 'grandstanding' (juara) lantas mungkin sahaja boleh menjejaskan wibawa dan keutuhan gagasan rakyat ini kerana sikap yang melampau dan tidak toleransi pihak lain.

"Anda semua sememang hero rakyat. Masa untuk melunaskan tanggungjawab," katanya yang memuji tindakan penubuhan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sokongan dari Pakatan Harapan dan lain-lain badan. -TMO
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment