Sukan Paralimpik bertaraf dunia sama seperti Sukan Olimpik. Dikhabarkan pemenang pingat emasnya seperti juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik akan mendapat ganjaran RM1 juta dan imbuhan lain.
Maknanya tidak ada beza antara dua sukan ini. Bezanya hanya peserta dan ahli sukannya. Saya sedikit kesal kerana di saat jaguh sukan negara menggondol 3 pingat emas pada Sukan Paralimpik tiada siaran langsung.
Ketika lagu negaraku berkumandang megah serta bendera keramat jalur gemilang dinaikkan tiada stesyen Televisyen yang sudi menyiarkannya secara langsung.
Apakah ada 'double standard'. Tidakkah kita semua berasa megah dengan kejayaan atlet paralimpik kita.
Bukankah mereka juga berjaya menjulang nama negara di persada dunia.
Mungkin semua pihak terleka atau memandang rendah terhadap kejayaan atlet kita ini. Diharapkan pada masa akan datang ianya tidak berulang. Ingatkan kita semua bagaimana rakyat Malaysia pernah menderma duit mereka sendiri untuk menaja siaran langsung Piala Dunia Bolasepak di era 80-an dahulu.
Saya yakin rakyat Malaysia sanggup melakukan perkara sama atas semangat patriotik dan dorongan kepada atlet kita.
Moga perkara sebegini tidak terlepas pandang pada masa akan datang. Jika RTM berupaya menayangkan siaran langsung untuk Sukan Olimpik mengapa tidak untuk Sukan Paralimpik.
Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Ketua Parti AMANAH Negara Negeri Melaka
0 comments:
Post a Comment