Segerakan Meja Rundingan Parti Pembangkang Untuk Tewaskan BN


Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Melaka menyokong penuh gesaaan agar parti-parti pembangkang segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama bagi menumbangkan BN.

Kami menyifatkan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden AMANAH Nasional, Tuan Haji Salahuddin Ayub supaya parti-parti pembangkang segera ke meja rundingan itu adalah tepat pada masanya jika setiap parti pembangkang mempunyai niat dan hasrat yang sama dan jujur iaitu untuk menumbangkan BN.

Perkara yang perlu diutamakan adalah mewujudkan satu blok pembangkang yang besar, bersatu serta kuat supaya berlakunya perlawanan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dihasratkan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Kita juga bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir bahawa, jika mana-mana parti pembangkang bertanding sebagai parti yang berasingan dari pakatan pembangkang yang lain, mereka sebenarnya berjuang untuk BN.

AMANAH Melaka menyeru supaya setiap parti pembangkang mempunyai dinamika politik yang bukan sahaja merangkumi soal kesatuan tujuan, malah kesatuan tindakan di dalam mencapai hasrat bersama untuk menumbangkan BN.

Setiap parti khususnya yang lama juga perlu berikap bertasamuh (toleransi), bersedia untuk bersahabat dan tidak bersikap skeptikal terhadap parti-parti baharu.

Ini semua dapat dicapai jika semua parti pembangkang bersikap terbuka dan dapat mengenepikan agenda parti masing-masing dan meja rundingan parti-parti pembangkang perlulah dipanggil segera untuk tujuan berkenaan.

ZULKIPLY BIN HARUN
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara Negeri Melaka

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment