[BERGAMBAR] Program KALAM Di Melaka Penuh Semangat


Program Kursus Asas Keahlian AMANAH (KALAM) yang diadakan di Dewan Graha Amanah Melaka yang diadakan pada 16 Oktober 2016 telah berjaya membekalkan kepada para peserta kursus dengan hal-hal yang berkaitan dengan parti yang perlu diketahui oleh seorang ahli AMANAH.

Kursus tersebut telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri dari pimpinan AMANAH negeri, pemuda, wanita negeri serta ketua dan setiuasaha kawasan-kawasan.

Kursus dibuka oleh Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) Amanah Melaka sebelum diserahkan kepada Koordinator Sdra Norhalim Sirome dari BPS Amanah Nasional yang mengendalikan sepenuhnya sehingga ke akhir program.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku" dan lagu "AMANAH". Sdra Norhalim telah berjaya membangkitkan semangat para peserta dengan meminta para peserta menyanyikan lagu AMANAH dengan mengangkat tangan dan menghentak kaki mengikut rentak dan tempo lagu.

Slot pertama bertajuk "AMANAH; Wadah Politik Harapan Baru" telah disampaikan oleh Naib presiden AMANAH, Ustaz Hassanuddin Yunus.

Slot kedua, "AMANAH: Rahmat Untuk Semua" disampaikan oleh Ustaz Ridzwan Abu Bakar mewakili NUNJI diikuti pembentangan Slot Ketiga AMANAH: Piagam Dan Organisasi yang telah disampaikan oleh Suhaizan Kaiat, Setiausaha Organisasi AMANAH Nasional.

Turut hadir di dalam di kursus berkenaan ialah Naib Presiden AMANAH, Ust Dr Hassan Baharum dan pengerusi AMANAH Melaka, Haji Adly Zahari.

KALAM adalah program yang memfokuskan kepada proses pembinaan dan pembangunan ahli dimana p;ara peserta didedahkan mmengenai halatuju, objektif, missi dan visi parti. Kursus induksi ini juga bertujuan memupuk nilai dan etika serta melaksanakan nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh AMANAH iaitu: Amanah, Berakhlak, Kerjasama, Peduli, Professional, Inklusif dan Progresif.

Para peserta juga diberikan penjelasan mengenai piagam, perlembagaan, pentadbiran dan organisasi parti.

Selepas program di peringkat negeri, BPSM Amanah negeri akan menurunkan KALAM ke peringkat kawasan dan cawangan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment