SAMB Disaran Ambil Langkah Drastik Elak Catuan Air


BERSEDIA DENGAN TINDAKAN DRASTIK ELAKKAN CATUAN AIR

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dalam kenyataan media semalam mengumumkan untuk melakukan catuan air jika paras air di ketiga-tiga empangan utama di negeri ini mencapai paras 50 % dalam masa 2 minggu lagi

Namun begitu kami mengharapkan kerajaan dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dapat langkah-langkah drastik dan segera bagi mengelakkan catuan air tersebut.

Antara langkah-langkah tersebut ialah :

1) Mengurangkan jumlah pembaziran air akibat paip pecah, penyelenggaraan yg tidak baik, kecurian air dan sebagainya. Ambil tindakan penguatkuasaan jika berlaku sebarang kecurian dan sebagainya.
2) Menjalankan kempen mengelakkan pembaziran air oleh pengguna
3) Menjalankan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di kawasan-kawasan berkenaan
4) Menghasilkan bekalan air terawat dengan pantas dan cepat.
5) Menjalankan pengagihan air mengikut keperluan setempat supaya tiada pembaziran.
6) Mencari jalan untuk mendapatkan sumber air dari negeri-negeri jiran.

Kepada rakyat kami menyeru supaya elakkan pembaziran air : -

1) Pastikan penggunaannya hanya untuk keperluan asas.
2) Pastikan semua kebocoran paip di rumah, pejabat dan industri dibaiki.
3) Laporkan jika terdapat sebarang kejadian mencuri air
4) Laporkan dengan segera jika ada paip pecah di mana2.

Jika berlaku juga proses catuan air maka rakyat diharapkan cuba menyediakan tangki air dirumah.

Kami mencadangkan kerajaan memberikan bantuan peruntukan pemasangan tangki rumah bagi rakyat yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan.

Setelah semua ikhtiar dan tindakan kami menyeru agar pimpinan negeri dan semua rakyat melakukan solat hajat memohon Allah melindungi kita semua dari bala kekurangan air.

Mungkin ada dosa dan kesalahan kita semua sehingga bala ini menimpa kita. Ayuh kita bertaubat dan menyesali segala kesalahan kita.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Ketua Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment