Sampai kira-kira jam 12.40 ptg di Sogo, dimana ia menjadi tempat pertemuan para peserta demo dari pelbagai lokasi (PKR dari Pasar Seni, AMANAH dari Kampung Baru, DAP dari Jalan Sultan).
Yang datang sendirian lebih ramai. Ada yang terpaksa bertugas mengawal keselamatan seperti para peserta ARiF.
Cuaca panas akibat fenomena El Nino melanda ibu kota, namun pada jam 2.15 ptg, ia tidak menghalang ribuan peserta berjalan kaki dan menuju dari Sogo ke Dataran Merdeka bagi menuntut agar cukai yang membebankan dan menjadi punca kemarahan rakyat, GST dimansuhkan. Peserta dari AMANAH Melaka terus mengikut dan mengekori ribuan peserta berkenaan.
Bagi yang menyertai dan penganjurnya, mereka menyifatkan inilah perhimpunan yang paling berjaya bagi mereka kerana berjaya mengumpulkan sejumlah peserta ketika cuaca panas melanda negara.
Memang meletihkan dan pada jam 6.30 ptg, bas bertolak pulang Melaka. namun ramai yang gembira dan menyatakan amat berpuashati kerana mengikuti rombongan ke demonstrasi semalam. Ia mengembalikan semangat untuk kita terus bersama di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan keadilan.
0 comments:
Post a Comment