PAS GANTI UMNO, MISI BERJAYA


Dulu ketika hampir pilihanraya pasti media pro kerajaan akan meracuni pemikiran rakyat usai penamaan calon hingga ke hari pengundian. Namun kini ianya nyata berbeza kerana kini tiap waktu berita tv atau pun suratkhabar terhias dengan cerita buruk tentang pembangkang.

Dulu juga bila tiba waktu kempen, maka UMNO tidak henti-henti menyerang PAS hingga masyarakat terbelah dua, hingga ada institusi rumahtangga roboh dek kerana budaya ekstrimisme parti yang sangat menebal. Biasalah pada zaman tersebut belum wujud media baru dan media sosial.

Tetapi kini polanya telah berubah. UMNO tidak lagi menyerang PAS malah suara diantara mereka kelihatan lebih lunak beda dengan zaman dan era almarhum Ustaz Fadzil Noor dan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

UMNO lebih ringan tugasnya kerana PAS telah mengambil alih watak tersebut. Yang ditalanya kini ialah AMANAH dan DAP. Jika dulu UMNO menggelar PAS itu barua dan kuda tunggangan DAP, tetapi hari ini PAS pula menggunakan kalam yang sama kepada AMANAH.

Jika demikian maka PAS telah mencapai visi dan misi mereka dengan slogan yang acap dilaungkan iaitu PAS GANTI UMNO. Saya dan kawan-kawan ucap tahniah. Jumpa di PRN Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syafiq Azmi
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment