Pemuda Amanah Melaka Kutuk Penahanan Rafizi



Kenyataan Media

PEMUDA AMANAH MELAKA KUTUK PENAHANAN YB RAFIZI RAMLI DAN TUNTUT PEMBEBASAN SEGERA

1. Pemuda AMANAH negeri Melaka menyokong kenyataan media yang telah dibuat oleh Presiden AMANAH, Tuan Haji Mohamad Sabu berkenaan tangkapan yang dibuat terhadap YB Rafizi Ramli. Selaku suara anak muda, kami merasakan tindakan yang diambil oleh pihak Polis sebagai suatu tindakan terpilih dan tidak mengejutkan. Tindakan terpilih yang dimaksudkan ialah apabila laporan atau dakwaan yang dibuat kepada bukan pimpinan kerajaan, maka layanan yang diterima seperti penjenayah besar sedang mereka yang dituduh terus bebas bergerak.

2. Untuk pengetahuan, YB Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan telah ditahan sejurus beliau keluar dari pintu masuk kawasan parlimen. Penahanan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak pemerintah yang telah dipalit dengan pelbagai dakwaan yang melibatkan kepentingan negara.

3. Pihak Polis seharusnya lebih rasional dalam tindakan mereka kerana integriti mereka hari demi hari dipersoalkan kebanyakan rakyat. OSA yang dikenakan kepada YB Rafizi Ramli perlu diimbangi dengan tindakan terhadap mereka yang didakwa terlibat sedang telah ada pengakuan yang buat dari pendedahan YB Rafizi Ramli. Akta yang diluluskan tidak perlu dijadikan benteng untuk pesalah bermaharajalela dan berterusan melakukan salah guna kuasa ini.

4. Pembebasan segara ini kami tuntut ke atas YB Rafizi Ramli yang juga pimpinan Pakatan Harapan. Seraya dengan itu kami juga turut mendesak pembebasan segara keatas 2 lagi yang telah ditahan dan direman iaitu saudara Shukri Kamarudin serta Shazni Munir. Mereka berdua telah ditahan dan disiasat dibawah AKTA HASUTAN.

5. Cadangan kami agar pihak Polis lebih menumpukan tugas melindungi kepentingan rakyat dan bukan hanya melindungi mereka yang berada diatas yang berkepentingan. Pemuda Amanah negeri Melaka akan berdiri bersama KEADILAN khususnya dan Pakatan Harapan amnya dalam menuntut kepada pembebasan YB Rafizi Ramli.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syafiq Azmi
Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Melaka
6 April 2016
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment