[PRN SARAWAK] AWAN Melaka Tiba Di Sibu


Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (AWAN) Negeri Melaka telah selamat sampai ke Sibu Sarawak tengahari tadi di dalam misi untuk membantu masyarakat Sarawak, khususnya di Sibu di dalam kempen menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang akan di adakan dalamasa beberapa minggu lagi.

Rombongan berkenaan turut disetai oleh Ketua Pengarah ARiF Malaysia, Sdra Johari Osman.

Di Sibu, AWAN Melaka akan bersama-sama dengan petugas-petugas AMANAH Melaka yang sudah berada sana sejak beberapa hari lepas yang diketuai oleh Ustaz Julasapiyah Kassim akan mengikuti beberapa program yang telah diatur untuk mereka bermula malam ini.

Malam ini, mereka dilaporkan akan bersama-sama di dalam program mendekati rakyat di DUN Beting Maro, dimana Leman Raja Lawan dan Penyelaras Dun Beting Maro, Andi Zulkarnaen Hamden akan mengadakan kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Mutun.

Bermula esok, mereka dijadualkan mempunyai program yang ketat iaitu Walkabout dan edaran apron serta risalah di kawasan penduduk DUN berkenaan.

Sebelum ini, petugas AMANAH Melaka telah mengadakan program beramah mesra dengan Tuai Rumah Panjang bertanya khabar dan mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama pemuda Iban di kawasan itu.

Lebih menarik lagi masyarakat Iban di Rumah Panjang tersebut telah mengisi borang untuk menyertai Parti AMANAH Negara setelah penerangan ringkas diberikan oleh Andri, Sulaiman dan Ustaz Julas.







Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment