Petugas Melaka Teruskan Kerja Di Sungai Besar Di Bulan Ramadhan


Petugas AMANAH Melaka untuk PRK Sungai Besar hari ini meneruskan kerja-kerja berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar, Ustaz Azhar Abd Shukur sejak hari penamaan calon semalam.

Sebahagian besarnya termasuk barisan pimpinan AMANAH Melaka tidak pulang ke rumah sejak semalam untuk meneruskan kerja-kerja yang masih banyak di sana sekalipun seluruh rakyat Malaysia telah memulakan puasa mereka pada hari ini, 1 Ramadhan 1437 Hijrah.

Mereka terpaksa bersahur, berbuka puasa dan berterrawih bersama di sana, jauh dari keluarga demi mempastikan kemenangan AMANAH di Sungai Besar.

Seramai lebih 200 petugas pilihanraya AMANAH Melaka dari seluruh kawasan iaitu Bukit Katil, Jasin, Kota Melaka, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu akan bekerja secara bergilir-gilir sepanjang tempoh berkempen di bulan Ramadhan ini sehinggalah ke hari mengundi pada 18 Jun ini.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara AMANAH, BN dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan semalam.

Dalam PRK berkenaan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH akan berdepan lawannya, Budiman Mohd Zohdi daripada BN dan Abdul Rani Osman daripada PAS.

Ketiga-tiga calon itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

SPR telah menetapkan 18 Jun ini sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi kedua-dua PRK berkenaan.

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

    Şirket uzmanlığı.
    1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
    2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.

    ReplyDelete