AMANAH Melaka Sasar Satu Cilik Al-Fateh Setiap Kawasan Menjelang 2017



Kejayaan tadika Cilik Al Fateh yang pertama di Melaka di Taman Seri Jati, Batu Berendam telah mendorong AMANAH Melaka mensasarkan penubuhan sekurang-kurangnya satu cawangan Cilik Al-Fateh diadakan bagi setiap satu kawasan.

Demikian dinyatakan oleh Pengurus Cilik Al-Fateh Taman Seri Jati, Tn Haji Md Ali bin Sharif di dalam satu majlis taklimat penubuhan Cilik Al-Fateh yang diadakan di Graha AMANAH Melaka baru-baru ini.

Tiga orang pimpinan Jawatankuasa Cilik Al-Fateh Peringkat Pusat telah dijemput untuk menyampaikan taklimat penubuhan Cilik Al-Fateh. Mereka ialah Pengerusinya iaitu Mohd Zuhan Mohd Zain, Naib Pengerusi 1 Sdra Mohd Faizul Salleh dan Naib Pengerusi II, Sdra Mahadzir Mat Zili.

Menurut Sdra Mohd Zuhan, setakat ini 12 Cilik Al-Fateh telah berjaya ditubuhkan iaitu sebelas di negeri Johor dan satu di Melaka.

Katanya lagi Cilik Al-Fateh ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang bernama Kumpulan Niaga Al-Fateh Sdn Bhd yang beralamat di Taman Teratai Kangkar Pulai, Johor.

Beliau telah menerangkan mengenai Falsafah pendidikan Cilik Al-Fateh, visi dan misinya, silibus dan juga kelebihan Cilik Al-Fateh berbanding dengan tadika-tadika yang lain.

"Visi kami ialah untuk meneraju pendidikan prasekolah yang innovatif berteraskan Islam untuk membangunkan generasi muttaqin yang berilmu dengan misi utama kami bagi melestarikan sistem pendidikan pra-sekolah Islam bagi melahirkan generasi muttaqin yang berilmu, kreatif dan inovatif sebagai pemimpin masa depan," tambahnya.

Menurutnya lagi, silibus Cilik Al-Fateh yang akan menjadi silibus di tadika ini ialah matapelajaran-matapelajaran yang berteraskan Kurikulum Standard Pendidikan Pra-sekolah (KSPK) iaitu

* Bahasa dan Komunikasi
* Sains dan teknologi
* Kerohanian Sikap dan Nilai
* Perkembangan Fizikal & Estetika
* Ketrampilan Diri
* Kemanusiaan.

Dan silibus tambahan Cilik Al-Fateh telah diadun dengan pendekatan pendidikan Islam, Huffaz dan Montessori iaitu:

* Tahfiz Al-Quran
* Bahasa Melayu
* Bahasa Ingegeris
* Sains
* Matematik
* Pendidikan Islam
* Jawi

Diantara beberapa kelebihan yang ada di Cilik AL-Fateh ialah

* Tahfiz Al-Fateh
* Pendidikan Islam
* Pembelajaran Kaedah Kreatif
* Cepat Membaca Buku Anakku (BM) dan Look And Say (BI)
* Praktikal Solat.

Selain itu, sepertimana yang pernah disiarkan di blog ini, Cilik Al-Fateh mempunyai kelas yang kondusif untuk pembelajaran dimana suasana kelas yang berwarna-warni bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovatif anak-anak supaya minda anak-anak tidak terkepung dan tertutup dengan hanya satu-atau dua warna sehaja.


Warna oren dipilih sebagai warna yang mendominasi tadika ini bagi mengembangkan kecerdasan, kecergasan disamping membantu meningkatkan daya kognitif anak-anak.

Selain itu, di Cilik Al-Fateh diperkenalkan pembalajaran Al-Quran melalui kaedah IQRA yang telah terkenal di mana dengan kaedah ini anak-anak lihat dan baca terus.

Di majlis berkenaan juga, Sdra Mohd Faizul dan Sdra Mahadzir telah membentangkan dengan secara terperinci mengenai prosedur, cara-cara dan kos yang terlibat di dalam penubuhan sebuah Cilik Al-Fateh. GB turut telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai Pemasaran Cilik Al-Fateh.

Para peserta yang hadir telah turut diberi peluang untuk mengemukakan apa juga persoalan berhubung dengan Cilik Al-Fateh dan sambutan para peserta begitu menggalakan apabila banyak soalan-soalan telah dikemukakan dan kesemuanya telah dapat dijawab dengan baik oleh ahli penal.

Cilik Al-Fateh merupakan produk AMANAH yang kedua selepas Amal Relief (ARIF) yang merupakan sebuah tadika berkonsepkan Islam untuk melahirkan "Generasi Muttaqin Pemimpin Masa Depan".

Penubuhan Cilik Al-Fateh kawasan-kawasan di negeri Melaka dijangkakan akan bermula seawal bulan Mei ini agar segala tugas promosi dan pengambilan pelajar dapat dilakukan menjelang akhir tahun untuk sesi 2017 nanti













.
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 comments:

  1. Syabas..
    Boleh ka dptkan nasihat dan konsultasi utk pnubuhan cilik al fateh di kawasan kami di kelantan?

    ReplyDelete