Pemuda Amanah Lapor Polis Dakwaan BN Belanja RM1.5 Bilion PRU13



Semalam, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani susulan kenyataan Datuk Seri Idris Haron yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) semalam membuat laporan polis susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mempertahankan tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa berbelanja RM1.5 bilion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah itu pada mulanya disebut bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa dimaklumkan mengenainya dalam satu taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada ketua perhubungan Umno negeri tidak lama dahulu.

"Saya membuat laporan ini merujuk kepada peruntukan Seksyen 19(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menyatakan seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,00 bagi kerusi Dewan Rakyat dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Pengesahan Datuk Seri Idris Haron tersebut adalah jelas menunjukkan calon-calon BN di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu berbelanja melebihi had yang dibenarkan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan oleh itu melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 19 (2) akta yang sama.

"Laporan ini dibuat bertujuan agar polis menyiasat pihak-pihak yang berkaitan tentang pelanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang merupakan suatu kesalahan jenayah," laporan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil dipetik. -TMO

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment