'Selamatkan Malaysia': AMANAH Sedia Kerjasama Dengan Semua Pihak


Amanah bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam misi 'Selamatkan Malaysia' dan menukar kerajaan.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Amanah akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

“Amanah bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun pada waktu yang sama Amanah mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik,” kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir merangkumi kenyataan bersama dan siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi memberikan penerangan mengenai kewajipan menukar kerajaan.

“Kerjasama seperti kenyataan bersama atau perhimpunan-perhimpunan dalam bentuk untuk menimbulkan kesedaran rakyat sebab kita mahu menukar kepimpinan melalui demokrasi,” katanya lagi.

Bagaimanapun belum ada perbincangan dengan Dr Mahathir bagi mengajak beliau menyertai Amanah.

“Itu kena tanya Tun Mahathirlah dia nak masuk parti mana,” katanya.

Mohamad juga berkata, Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada minggu hadapan bagi membuat pendirian mengenai tindakan Dr Mahathir.

“Minggu depan Majlis Presiden akan bermesyuarat dan membuat keputusan bersama dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Amanah akan menyertai perhimpunan bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berundur pada 27 Mac ini.

“Ya, kita akan bersama dalam perhimpunan tolak Najib,” katanya. -Malaysia Dateline

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment