AMANAH Melaka Alu-alukan Penyertaan PPBM Ke Dalam Pakatan Harapan


KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGERI MELAKA

Parti Amanah Negara Negeri Melaka mengalu-alukan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi bersama-sama di dalam gabungan Pakatan Harapan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan PPBM yang jelas mempunyai pandangan politik yang jauh ke hadapan.

Sememangnya pendirian ini dinanti-nantikan oleh kita semua yang cintakan perpaduan dan kerjasama sesama parti-parti pembangkang utama.

Kami percaya kepimpinan Pakatan Harapan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga mana-mana parti baharu yang ingin bersama-sama dalam satu gabungan bagi menentang Barisan Nasional dan sekutunya.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan suatu keputusan tepat dan kena pada masanya bagi melipatgandakan gerakan bersama dalam satu gabungan utuh bersama Parti Amanah Negara (Amanah), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

Pendirian ini sebenarnya amat penting bagi memastikan gerakan menyeluruh dan bersepadu bagi mendepani isu-isu penyelewengan dan kemungkaran yang dilakukan oleh BN dan sekutunya.

Pada masa yang sama sudah tentu gabungan empat parti ini mampu menumbangkan BN pada PRU 14 nanti.

Kesepaduan dari segi gerakerja, tenaga, idea, prasarana dan strategi sudah tentu melahirkan natijah yang jauh lebih hebat dari perjuangan secara sendirian.

Di peringkat negeri Melaka, kami yakin keputusan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara keempat-empat parti. Sebelum ini walaupun tiada hubungan rasmi antara Pakatan Harapan dan PPBM, kami di Melaka telah berjaya mengadakan pelbagai program bersama sekurang-kurang sekali setiap bulan malah kadang-kadang hampir setiap minggu.

Sudah tentu selepas ini kerjasama PH yang mempunyai 4 parti lebih erat dan bersepadu.

Insya Allah hasrat rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 akan tercapai demi menyelamatkan negara dan rakyat.

"Islam rahmatan lil alamin" Mohd Sofi Abdul Wahab Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negera Negeri Melaka
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment