10 Panduan Terbaik Membeli Laptop Atau Komputer

Anda nak beli laptop atau komputer? Tapi tak tahu laptop / komputer yang macammana nak beli? Posting kali ini kami ingin kongsikan beberapa panduan untuk beli laptop atau komputer.

Sebelum diterangkan panduan memilih dan membeli laptop atau komputer secara lebih mendalam, elok rasanya diterangkan secara ringkas apa tu laptop, komputer, desktop dan notebook. Ini kerana istilah-istilah ni anda perlu tahu terlebih dahulu sebelum anda memutuskan nak beli laptop ke, desktop ke, komputer ke atau notebook. (ni bagi yang baru nak beli komputerla..tak tahu term)

Komputer ialah istilah umum bagi komputer, so kalau anda cakap nak beli komputer ia terlalu general, penjual tak tahu samada anda nak beli laptop ke desktop. Kalau anda cakap nak beli komputer peribadi tu pun penjual akan rasa blurr.. so elakkan bagi soalan yang berbentuk general. Jadi apa pula laptop? Laptop adalah sejenis komputer yang boleh diusung ke mana-mana. Saiznya yang kecil dan ringan membolehkan ia dibawa ke mana saja anda pergi. So, ia sangat sesuai bagi mereka yang tak boleh lekang dengan komputer. Laptop ini juga dikenali dengan nama notebook.

Desktop pula adalah sejenis komputer yang duduk kat satu tempat je, macam dekat dalam ofis atau computer lab. Istilahnye juga kalau ditranslatekan membawa maksud komputer meja, jadi memang beratla nak bawa meja ke hulu ke hilir, ye tak? Sebab tulah desktop ni tak boleh nak diusung ke mana-mana, kecuali bila anda nak pindah… hehe.. Desktop ni kebaikannya pula boleh diupgrade atau dimodify, macam kereta anda, kalau anda nak laju anda pasang turbo dan sebagainya, sama juga dengan dektop, apa yang anda perlu buat beli je aksesori yang berkaitan dan anda boleh terus sumbat dalam desktop anda, tapi pastikan anda pakar dalam bab modify ni, kalau tak tahu baik tanya dan suruh saja penjual memasangnya.

Nanti tak pasal-pasal melayang begitu saja je duit anda tu..

Setelah tahu term tadi, jom kita tengok 10 Panduan Terbaik Untuk Membeli Laptop Atau Komputer (Desktop)

1. Penggunaan

Motif atau tujuan utama komputer tersebut dibeli. Jika fokus hanya untuk bermain games, anda perlukan laptop dan komputer yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana. Jika nak update blog dan pada masa yang sama nak search internet atau buat kerja yang lain, so anda kena pilih spesifikasi yang lebih advance.

2. Budget

Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang sebab ia lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak digalakkan.Anggaran badget yang sesuai adalah sekitar RM 2000 dan keatas.

3. Model/ Jenama

Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli. Antara jenama yang hot sekarang ni seperti :

Toshiba
Apple
Compaq / HP
Acer
Asus
Dell
Lenovo
Sony Vaio
Samsung dan macam-macam lagi

4. Warranty

Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi takkanlah anda mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mesti mahu lebihkan, jadi pastikan warranty lebih lama supaya anda lebih bersedia dengan apa juga kerosakan.

5. Cari banyak kedai

Ini rasanya selalu anda buat bukan? Tips ni mesti ramai yang dah tau. Jangan sesekali pergi cari komputer di Jusco atau di pasaraya besar seperti Tesco dan sebagainya. Dah tentunya harganya melambung. Anda akan rugi sekiranya anda tak tinjau-tinjau dulu kat kedai komputer macam kat Lowyatt.

6. Review kat internet

Banyak kat internet komen-komen dari pengguna tentang masalah komputer yang mereka miliki, so anda searchlah jenama atau model yang anda pilih tu, dan lihatlah samada banyak komen atau pujian. Lepas tu baru buat keputusan.

7. Tahu service center kat mana

Kenapa penting? Sebabnya anda boleh dapat full support dari service center yang lebih expert dengan masalah komputer anda dari anda pergi tanya kedai yang selalunya akan mengenakan caj yang tinggi. Macam mana nak tahu, senang saja, anda boleh tanya penjual di kedai komputer tu, atau buat homework sikit dengan search service centre yang paling dekat dengan rumah anda di internet atau laman web syarikat komputer yang anda nak beli tu.

8. Spesifikasi komputer

Ni sebenarnya benda pertama yang anda cari, tapi aku saja je letakkan dia last-last sebab kalau anda pilih yang ni dulu, maka kemungkinan anda akan menghadapi kesukaran untuk memilih sebab dah tentu anda nak ciri atau spesikasi yang over dan melampau, sedangkan bajet tak mengcukupi.

Antara spesikasi yang anda perlu pilih.

Sekurang-kurangnya 250GB HDD (hard disk, lagi banyak lagi bagus)
Sekurang-kurangnya 2GB DDR (RAM, cuba pujuk penjual supaya bagi 4GB)
Processor (yang ni agak payah sebab banyak sangat jenis seeloknya versi yang terkini, at least dual core)- Pentium 1,2 , 3 dah lapuk.. jangan pilihlah
Ada bluetooth
Ada card reader (mesti ada pada laptop)
Web cam (mesti ada pada laptop)
Ada lebih dari 1 USB driver
Skrin monitor bersaiz at least 15’ keatas (14’ pun dah tak sesuai sangat)

9. CD Windows Original / Driver Macam mana nak dapat cd windows atau driver. Bermacam-macam keadaan, tapi anda perlu tanya pada penjual untuk tahu di mana dia letak cd windows ataupun driver programme yang lain.

Acer – lepas beli terus buat backup CD
HP – biasanya ada di simpan dalam laptop
Asus – juga disimpan dalam laptop tu, tekan recovery button jer masa start
Dell – dia ada siap bagi CD lagi.. so simpan jela.
Dicadangkan anda ambillah Windows Original sebab anda dah tak perlu pikir nak format la, cari software la.
10. Free gift
Free gift ni anda kena mintalah. Kalau anda senyapje, memang penjual tu takkan bagi apa-apa. Antara yang korang leh minta tapi tak confirm dapat adalah:
Pendrive
Mouse & mouse pad
Cooler
Bagpack
Kain pembersih screen
Upgrade RAM
Headphone + mic
USB hub (alat tambahan usb port)
Printer
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment