AWAN Kecam Melaka Anjur Pertandingan Ratu Cantik

Awan kesal Melaka anjur pertandingan ratu cantik

Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Melaka (Awan Melaka) amat kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/2016 World di Melaka baru-baru ini, kata ketuanya Mahani Othman Basir.

Menurut Mahani, penganjuran pertandingan ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran kerana ianya mendedahkan aurat, tidak memberikan manfaat, mengeksploitasi wanita sebagai bahan hiburan dan sebagainya.


"Jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

"Lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Melaka dilihat banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti agama seperti Melaka Berselawat dan sebagainya tetapi nampaknya ia tidak memberi keinsafan kepada pimpinan kerajaan negeri sehingga sanggup membenarkan program maksiat seperti ini diadakan di Melaka.

Malah katanya mereka sendiri hadir memberikan sokongan padu kepada program maksiat sebegini.

"Kami sebagai kaum wanita berasa terhina kerana jelas sekali program ini mengeksploitasi wanita dengan mempamerkan bentuk badan dan aurat mereka kepada kaum lelaki," katanya.

Bagi beliau, walau apapun alasannya unsur-unsur eksploitasi wanita tetap berlaku kerana program seperti ini jelas sekali menjadikan wanita sebagai bahan hiburan.

Sepatutnya kerajaan negeri Melaka berusaha mengadakan program untuk memartabatkan wanita dan bukan sebaliknya, katanya.

Sehubungan itu, Awan Melaka mendesak kerajaan negeri memohon maaf kepada semua kaum wanita di negeri Melaka khasnya kerana menggalakkan program eksloitasi wanita seperti ini diadakan di negeri Melaka.

"Kami tidak rela anak-anak muda di negeri ini terjebak dengan program-program lalai dan tidak bermanfaat malah haram di sisi Islam. Apa perasaan kita jika anak-anak kita sendiri mendedahkan sebahagian badan mereka kepada kaum lelaki seperti yang berlaku dalam program ini?" katanya.

Awan Melaka juga kesal kerana program maksiat seperti ini terus diadakan atas alasan untuk menarik pelancong datang ke Melaka.

"Apakah benar program-program maksiat dan lalai sebegini menggalakkan pelancong datang? Ini kerana kita tahu pelancong-pelancong datang bukan kerana ingin menonton pertandingan Miss Tourism tetapi kedatangan mereka adalah untuk melihat keindahan alam serta keunikan budaya kita," katanya.

"Apakah kerajaan negeri sanggup menggadaikan nilai-nilai agama dan adab ketimuran dengan menghalalkan program Miss Tourism ini hanya kerana alasan dangkal untuk menggalakkan pelancongan.

"Sudah keringkah idea mereka untuk mengalakkan pelancongan sehingga sanggup memperjudikan hukum agama dan adab-adab ketimuran kita," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

    Şirket uzmanlığı.
    1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
    2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.

    ReplyDelete