ARiF Melaka Bantu Mangsa Ribut

Hujan lebat di ikuti ribut telah mengakibatkan 17 buah rumah musnah di Padang Kerbau dan Taman Merak. Sebuah pusat pemindahan telah dibuka pada jam 8 malam tadi di Balai Raya Bukit Tambun, Durian Tunggal.

Menurut Sekretariat JPBD Alor Gajah, Lt.M (PA) Mohammad Fairul Asikin Bin Kadir, seramai 41 orang daripada 8 buah keluarga yang berdaftar di tempatkan di balai raya tersebut. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut serta membantu menyediakan makanan pada mangsa.

Beberapa agensi penyelamat yang lain seperti pihak polis, Rela dan Bomba turut serta membantu di pusat tersebut.

Parti Amanah Negara Melaka bersama ARIF dan AWAN Melaka telah turut sama di dalam aktiviti membantu mangsa ribut berkenaan.

Dalam kejadian ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.










Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment