Pemuda AMANAH Ziarah Ibu Yang Anaknya Mati Lemas

Pemuda AMANAH Melaka bersama-sama dengan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Mohd Sany Hamzan telah melakukan program ziarah seorang ibu tunggal di Teluk Mas Melaka yang kehilangan anak bongsunya lemas di dalam parit beberapa hari yanglalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang 1 Januari lalu, Muhammad Alif Rayyan AlFadilah, 4, meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Permatang Pasir.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik sebelum itu dipercayai keluar bermain di halaman rumahnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Kamariah Mohamad, 43, berkata, ketika kejadian, dia baru selesai memandikan anaknya yang dipanggil ‘baby’ sebelum membenarkannya bermain di luar rumah.

Sebaik sahaja menyedari kehilangan anaknya itu, gerakan mencari dilakukan oleh keluarganya dan jiran kampung di kawasan berdekatan.

Menurutnya, kira-kira setengah jam kemudian, penduduk terpaksa menyelam dalam parit yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mangsa selepas menemukan selipar yang digunakan kanak-kanak itu di tebing sebelum menemukan mayat mangsa tersangkut di dalam parit itu.
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment