AMANAH Bukit Katil Akan Sertai Pilihanraya Umum ke 14

Parti AMANAH Negara Kawasan Bukit Katil akan turut serta bertanding pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti. Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Ketua AMANAH Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab pada ucapan penangguhan Mesyuarat penubuhan Parti AMANAH Negara Kawasan Bukit Katil hari ini.

“Kita telah membuat keputusan untuk turut serta bertanding pada pilihanraya umum ke 14 nanti. Seluruh entiti parti di kawasan Bukit Katil telah mula digerakkan bagi menjalankan kerja-kerja mendekati dan menyedarkan rakyat.”
“AMANAH walaupun merupakan parti baru, kita tidak mempunyai masalah untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya ini kerana petugas-petugas kita sudah mempunyai pengalaman luas sebelum ini” ujar Sofi.

Menurutnya AMANAH Bukit Katil memang berusaha untuk memastikan tiada pertandingan sesama sendiri antara parti-parti pembangkang tetapi jika tiada persetujuan dicapai maka AMANAH tiada pilihan terpaksa bertanding bagi menentang BN.

"Kita komited bersama Pakatan Harapan menentang BN, kita akan sentiasa berbincang bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bagi memastikan BN tumbang pada PRU 14 nanti" kata beliau.

Sofi berkata AMANAH Bukit Katil juga sedang memfokuskan kerja-kerja mendaftarkan ahli-ahli baru dan menubuhkan cawangan-cawangan yang telah bermula sejak awal penubuhannya.

“Setakat ini kita sudah mendaftarkan bilangan ahli yang di luar jangkaan kita di mana sambutan yang kita terima amat memberangsangkan”.

“Kita juga telah menubuhkan lebih dari 6 cawangan dalam kawasan kita hanya dalam masa 2 bulan dan beberapa cawangan lagi akan ditubuhkan dalam masa terdekat”tambah Sofi.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana Parti AMANAH Negara Kawasan Bukit Katil telah selesai mengadakan Mesyuarat penubuhannya hari ini.

“Kita bersyukur kerana mesyuarat hari berjalan dengan baik di mana kita berjaya melantik ahli jawatankuasa AMANAH Bukit Katil bagi memenuhi prosedur Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mewajibkan sesuatu organisasi politik yang baru ditubuhkan mesti mengadakan mesyuarat bagi melantik Ahli Jawatankuasa dalam masa 2 bulan selepas perdaftarannya diluluskan” ujarnya yang juga merupakan Naib Pengerusi Penaja AMANAH Melaka.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Graha AMANAH Melaka, Taman Suria Bukit Katil. Seramaikan 15 Ahli Jawatankuasa telah dilantik bersama-sama Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 Pemeriksa Kira-kira.

Dalam mesyuarat tersebut Mohd Sofi Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua AMANAH Bukit Katil; Mohd Ali Sharif sebagai Timbalan Ketua manakala Ronsome Ho dan Zuraidah Hasnon sebagai Naib Ketua. Turut lantik ialah 11 orang Ahli Jawatankuasa. Semua perlantikan dibuat dengan keputusan sebulat suara.

Sejak penubuhan Parti AMANAH Negara kira-kira 4 bulan lalu, AMANAH Bukit Katil dilihat berjaya meletakkan parti mereka setanding dengan parti-parti politik lain dengan pembukaan Pejabatnya sendiri di Graha AMANAH Melaka bersama-sama dengan AMANAH Negeri Melaka.

Selain itu AMANAH Bukit Katil juga telah berjaya mengadakan program kebajikan, menangani isu-isu setempat selain dari beberapa program seperti skim kifaalah, bantuan kembali ke sekolah dan lain-lain.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment