AWAN MELAKA KESAL KENYATAAN BIADAB DATO JAMAL



KENYATAAN MEDIA

AWAN MELAKA KESAL KENYATAAN BIADAB DATO JAMAL


Angkatan Wanita AMANAH Melaka kesal dengan kenyataan biadap Ketua Umno Bahagian Sg Besar Dato Jamal Yunos yang menyerang Dato Siti Norhaliza.

Kenyataanya bersifat dan berunsur lucah, seksis dan biadap.

AWAN Melaka yakin ramai wanita turut rasa terhina apabila Jamal menyindir Dato Siti Norhaliza dengan kata-kata beliau tidak subur.

Kenyataan itu jelas satu penghinaan kerana anugerah cahaya mata adalah kurniaan Allah bukannya kuasa manusia. Setiap wanita sudah tentu ada naluri keibuan yang mahukan cahaya mata. Bukan kuasa Jamal atau manusia lain.

Jamal jelas biadap dan celupar apabila berkata “Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,”

Jelas Jamal langsung tidak sensitif dengan kaum wanita dan ia menggambarkan kecelaruan jiwa dan pemikirannya.

Apakah Jamal tidak sedar di sana beliau mempunyai ibu, isteri, adik beradik dan anak-anak serta saudara-mara yang juga wanita.

Sanggup Jamal memburuk-burukkan wanita dan mempermainkan ketetapan Allah dalam urusan rezeki dan zuriat.

Lebih hina lagi beliau mengeluarkan kata-kata lucah yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin masyarakat seperti beliau.

AWAN Melaka mendesak Jamal memohon maaf kepada seluruh Wanita di Malaysia khususnya Dato Siti Norhaliza serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Mahani Othman Basir
Ketua AWAN Melaka
24 Disember 2016

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment