Pakatan Harapan Serah Memorandum Kepada KM



Pakatan Harapan Melaka mahu kerajaan negeri mengambil langkah drastik menangani gejala rasuah dalam kalangan kakitangan awam, termasuk mewajibkan semua pegawai kerajaan, Ketua Menteri serta anggota Exco mengisytihar harta masing-masing.

Ketua Pembangkang, Khoo Poay Tiong berkata, Pakatan Harapan Melaka merasakan perkembangan terkini melibatkan kerajaan negeri adalah membimbangkan ekoran penahanan seorang pegawai kanan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru-baru ini disyaki terlibat rasuah.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan Harapan Melaka telah mengemukakan beberapa desakan dalam bentuk memorandum kepada Ketua Menteri dalam usaha memastikan gejala tidak sihat ini ditangani segera.

Menurutnya, antara desakan terbabit termasuklah meminta kerajaan negeri menggantung perkhidmatan mana-mana pegawai yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, katanya, syarat serta prosedur untuk menjalankan projek kerajaan juga perlu diperketat dengan meletakkan pakar perunding bagi memantau perjalanan sebarang projek yang dijalankan.

“Pada masa sama, SPRM juga perlu meneruskan siasatan terhadap kerajaan negeri terutama dalam pengendalian projek besar, selain turut menyiasat bekas-bekas pegawai kerajaan, termasuk bekas Ketua Menteri,” katanya semasa penyerahan memorandum di Seri Negeri, semalam.

Poay Tiong turut meluahkan rasa kecewanya kerana wakil Pakatan Harapan Melaka tidak dibenarkan memasuki perkarangan Seri Negeri untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebaliknya, mereka terpaksa menyerahkannya kepada wakil Jabatan Ketua Menteri di luar perkarangan Seri Negeri selepas pagar utama ditutup bagi menghalang kemasukan mereka. -

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment