Presiden AMANAH Turun Melaka Rasmikan Pejabat & Pusat Peduli Rakyat Alor Gajah


Selepas merasmikan Pejabat Amanah Jasin beberapa minggu lalu, Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Mohammad Sabu telah turun sekali lagi ke negeri Melaka Jumaat lalu untuk merasmikan pejabat dan Pusat Peduli Rakyat Amanah Kawasan Alor Gajah.

Mohammad Sabu telah menghadiri satu Majlis Jamuan Teh yang diadakan bersempena perasmian pejabat tersebut yang dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli AMANAH Melaka dan kawasan-kawasan.

Pejabat dan Pusat Peduli AMANAH Alor Gajah terletak di 222-2 Jalan Perindustrian 1, Rembia, Alor Gajah Melaka..

Di dalam ucapannya di majlis Hi-Tea berkenaan, Mohamad meminta seluruh rakyat khususnya di Melaka ini berganding bahu untuk "Selamatkan Malaysia" yang umum mengetahui keadaan negara kini semakin parah akibat dari gejala korupsi yang diamalkan oleh pemerintah UMNO BN.

Beliau turut menyelar pimpinan negara yang kini meniupkan gendang perkauman sebagai talian hayat mereka untuk terus memerintah negara.

"Gejala perkauman dimainkan oleh pemimpin UMNO BN dengan macam-macam tuduhan dan makian keatas kaum Cina, tiba-tiba Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pergi sujud ke China dan berhutang RM150 bilion," sindirnya.

"Siapa yang kena bayar hutang ini jika bukan kita rakyat Malaysia dan termasuk anak cucu cicit kita?" soalnya pula.

Pengerusi AMANAH Melaka, Haji Adly Zahari turut mengucapkan tahniah kepada AMANAH Alor Gajah dan menyatakan dengan adanya pejabat dan pusat peduli rakyat ini, akan menyemarakkan lagi semangat jawatankuasa dan ahli-ahli AMANAH Alor Gajah untuk terus bekerja untuk rakyat.

Beliau juga berharap dengan adanya pejabat dan pusat peduli rakyat AMANAH Alor Gajah tersebut akan menambahkan penyertaaan rakyat khususnya di Alor Gajah untuk bersama-sama dengan AMANAH di dalam mengubah lanskap politik negara pada pilihanraya yang akan datang.

"Namun dengan adanya pejabat dan pusat peduli rakyat ini tidak memadai, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan parti kita di dalam pilihanraya akan datang.

Naib Presiden AMANAH Nasional yang juga Ketua Amanah Alor Gajah, Ust Dr. Hassan Baharom di dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah meralisasikan impian AMANAH Alor Gajah untuk mempunyai pejabat dan pusat peduli rakyat.

Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pemilik bangunan berkenaan, Datuk Ibrahim Othman yang telah sudi menyewakan bangunan berkenaan kepada Amanah Kawasan Alor Gajah.

Datuk Ibrahim Othman adalah merupakan seorang ahli politik veteran yang terkenal di kawasan Alor Gajah dan beliau telah menyertai AMANAH seterusnya dilantik menjadi Penasihat Amanah Alor Gajah.

Turut hadir dan berucap di majlis Hi-Tea berkenaan ialah wakil dqri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Alor Gajah, Sdra Yahaya Mohd Yusof.

Pada sebelah malamnya, satu majlis ceramah telah diadakan di perkarangan pejabat jawasan Alor Gajah yang menampilkan beberapa penceramah dari pimpinan Pakatan Harapan dan PPBM iaitu ahli parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Pengerusi PPBM, Datuk Hamidah Othman dan Sdra Nick Yong mewakili DAP.




Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment