[BERGAMBAR] Kelibat Peserta Melaka Di Perhimpunan BERSIH 5


19 Nov 2016, satu lagi tinta sejarah buat Malaysia dimana perhimpunan BERSIH 5 telah berjaya diadakan di Kuala Lumpur.

Dianggarkan lebih 100,000 peserta BERSIH yang hadir meskipun ada yang menganggarkan lebih dari itu. Media massa pro-kerajaan, seperti biasa meletakkan angka yang amat rendah. TV3 misalnya di dalam Buletin Utamanya menyatakan hanya ratusan yang hadir. Sesuatu yang agak melucukan.

Walaupun dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka namun peserta BERSIH 5 tidak mengalah dan tidak berputus-asa. Mereka mengubah haluan ke perkarangan KLCC.

Parti Amanah Negeri Melaka turut menghantar para pesertanya ke perhimpunan tersebut.

Ramai juga diantara mereka yang telah tiba pada malam sebelum perhimpunan diadakan.

Ada yang terpaksa bertugas sebagai anggota Keselamatan (terutama anggota ARiF) dengan memakai baju berwarna ungu berbanding dengan para peserta perhimpunan yang rata-rata menyarung baju BERSIH 5 yang berwarna kuning.

Berikut ialah rakaman gambar-gambar peserta dari Melaka yang menghadiri perhimpunan berkenaan.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment