AWAN Melaka Kini Sebuah Entiti Sah Yang Berdaftar


Setelah lebih kurang setahun Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Melaka bergerak dengan jawatankuasa penajanya, kini AWAN Melaka dengan rasminya telah tertubuh sebagai sebuah entiti yang sah dan berdaftar apabila berjaya mengadakan mesyuarat penubuhannya pada Sabtu lalu bertempat di Graha Amanah Melaka.

Upacara perasmian mesyuarat telah disempurnakan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Melaka, Sdra Sofi Wahab.

Dalam ucapannya, Sofi memuji AWAN Melaka yang sangat aktif bergerak mendekati rakyat dan memperkenalkan Parti Amanah Negara di negeri Melaka.

Beliau juga mengingatkan agar slogan 'Amanah, Progresif, Peduli' dihayati dengan sepenuhnya.

"Apabila kita diberikan tanggungjawab, kita perlulah melaksanakan amanah itu sebaik mungkin. Dan kita yakin dengan kerja kuat yang dilakukan oleh AWAN Melaka selama ini, AWAN Melaka telah berjaya melaksanakan amanah tersebut walaupun dalam keadaan yang masih baharu," ujarnya.

Sofi turut mengucapkan tahniah kepada AWAN Melaka yang berjaya mewujudkan Skuad Peduli AWAN Melaka yang telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan disamping dapat memperkenalkan AMANAH khususnya kepada rakyat Melaka.

Aktiviti-aktiviti Skuad Peduli AWAN Melaka juga turut pujian dari Puan Norwani bt Ahmad, ahli jawatankuasa AWAN Nasional yang tuurut hadir di mesyuarat penubuhan berkenaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kehadiran penuh korum Mesyuarat yang melambangkan kesungguhan AWAN Melaka untuk bergerak sebagai entiti berdaftar yang sah.

Puan Mahani Othman Basir telah terpilih sebagai Ketua Wanita AWAN Negeri Melaka dan Puan Azura Talib sebagai timbalannya.

Mesyuarat juga telah memilih dua orang Naib Ketua iaitu Puan Noraimah Latif dan Puan Norasyikin Ismail dan 17 orang ahli jawatankuasa.

Ketua Wanita AWAN Negeri Melaka yang baru dilantik, Puan Mahani Othman Baser mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh aktivis AWAN Negeri Melaka.

Beliau mengingatkan agar para aktivis sentiasa ikhlas dalam menjalankan aktiviti parti demi mencari keredhaan Allah. Selain dari itu, beliau menyarankan agar segala kerja dilakukan dengan penuh rasa suka dan cinta kerana ianya akan menjadi pendorong untuk aktivis bersemangat dan bersabar.

AWAN Melaka juga telah banyak terlibat di dalam aktiviti di peringkat nasional seperti menghantar petugas-petugas untuk membantu pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Sungai Besar.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment