Konvoi BERSIH Melaka Berjaya Serahkan Obor Kepada Konvoi NS



Program Konvoi Jelajah Bersih 5 Peringkat Negeri Melaka bermula dan berakhir dengan selamat dan jayanya setelah berjaya menyerahkan obor BERSIH kepada Jawatankuasa BERSIH Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Menurut Pengarah ARiF Melaka, Sdra Hairil Anuar Samat, sekalipun terdapat sedikit gangguan, namun syukur kepada Allah, di atas kesedaran yang tinggi oleh para peserta serta tumpuan terhadap matlamat dan objektif Konvoi Bersih 5 ini, konvoi BERSIH berakhir dengan jayanya.

Menurut beliau, perserta Konvoi tidak tepengaruh dgn provokasi itu demi mengelakan tercetus pekara-perkara yang tidak diingini berlaku ataupun termasuk perangkap mereka yang tidak mahukan keadilan untuk Rakyat.

Insiden provokasi dikesani berlaku di bandar Merlimau dimana beberapa orang dariparti UMNO cuba membuat gangguan semasa konvoi beratur menunggu lampu trafik. Mereka didapat mencabut dan membuang bendera kecil BERSIH yang dipasang dicermin kereta konvoi disamping menjerit-jerit di kiri kanan jalanraya.

Gangguan yang sama berlaku di Alor Gajah. Mereka menutup kawasan di mana peserta konvoi sepatutnya berkumpul.

Mereka menjerit dan sebahagian daripada kumpulan itu memegang sepanduk, poster dan pelekat,

Turut menyertai konvoi ialah Pengerusi Amanah Melaka, Hj Adly Zahari, Naib Presiden AMANAH Nasional, Dr Hassan Baharum serta beberapa orang pimpinan DAP dan PKR Melaka.

Hairil mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pertugas keselamatan dan lalulintas Konvoi Jelajah Bersih 5 Melaka yang terdiri daripada sukarelawan ARiF Melaka dan Harapan Baru (HB) BIKERS dan semua petugas yang juga turut menggembeling tenaga bagi menjayakan konvoi berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Keselamatan Program dari ARiF Melaka mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia terdiri daripada IPD Melaka Tengah, IPD Jasin dan IPD Alor Gajah yang telah memberikan kerja sama yg baik dari awal perbincangan kami sehinga ke akhir Konvoi ini.

Konvoi BERSIH Melaka telah bermula semenjak penerimaan obor BERSIH dari peserta Konvoi Johor dari Segamat pada hari Jumaat lalu dan berakhir dengan penyerahan obor tersebut kepada peserta Konvoi Negeri Sembilan di Tampin pada petang Sabtu.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete