Presiden AMANAH Rasmikan Pejabat & Pusat Khidmat AMANAH Jasin


Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Mohammad Sabu mengucapkan syabas dan tahniah kepada AMANAH Jasin yang telah mempunyai pejabat dan pusat khidmat di Merlimau, Melaka yang telah disempurnakan perasmian olehnya Sabtu lalu.

Sekalipun sibuk dengan jadual padatnya, Mohammad Sabu sempat menghadiri satu Majlis Jamuan Teh yang diadakan bersempena perasmian pejabat tersebut yang dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli AMANAH Jasin.

Pejabat dan pusat khidmat AMANAH Jasin terletak di JB 2870-A Jalan Debunga 1, Taman Debunga, Merlimau Melaka.

Di dalam ucapannya, beliau turut meminta ahli-ahli AMANAH seluruh negara termasuk dari Jasin supaya turun beramai-ramai di dalam Perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November ini.

Beliau melahirkan rasa hairan dan dukacitanya mengapa pihak keselamatan tidak bertindak ke atas geng baju merah yang melakukan provokasi melampau sehingga mengeluarkan kenyataan "bermandi darah" yang amat merbahaya.

Pengerusi AMANAH Melaka, Haji Adly Zahari turut mengucapkan tahniah kepada AMANAH Jasin dan menyatakan AMANAH Jasin diantara kawasan yang awal menubuhkan pejabat dan pusat khidmatnya.

Beliau berharap dengan adanya pejabat dan pusat khidmat AMANAH Jasin tersebut akan menyemarakkan lagi penyertaaan rakyat khususnya di Jasin untuk bersama-sama dengan AMANAH di dalam mengubah lanskap politik negara pada pilihanraya yang akan datang.

Ketua AMANAH Jasin, Hj. Yuhaizad Abdullah di dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah meralisasikan impian AMANAH Jasin untuk mmempunyai pejabat dan pusat khidmatnya.

"Namun begitu, pejabat dan pusat khidmat kita masih banyak kekurangannya dan kami mengalu-alukan sumbangan semua pihak dalam apa jua bentuk bagi mempastikan pejabat ini benar-benar dapat berfungsi sebagai namanya "pusat khidmat" kepada masyarakat khususnya di parlimen Jasin ini," ujarnya.

Seusai majlis perasmian, Presiden AMANAH telah turut menyampaikan ceramahnya bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu di Batu Gajah, Merlimau.



VIDEO CERAMAH DI BATU GAJAH, MERLIMAU

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment