Sofi Wahab Ke Pejabat SPR Melaka Kemuka Surat Bantahan Awal Persempadanan


Sofi Wahab, Naib Pengerusi Parti Amanah Negera Negeri Melaka hari ini telah menyerahkan Surat Bantahan Awal Persempadanan Baru Kawasan Pilihanraya ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Melaka di Wisma Persekutuan pagi tadi sebagai seorang pengundi yang berdaftar di Parlimen Bukit Katil.

Sofi telah ditemani oleh beberapa orang pimpinan AMANAH Melaka iaitu Sdra Harun Mohamed, Ketua Amanah Kota Melaka yang juga Bendahari Amanah Melaka, Sdra Zairi Suboh, Naib Pengerusi Amanah Melaka, Hj Yuhaizad Abdullah, Ketua Amanah Jasin yang juga Setiausaha Amanah Melaka, Sdra MustafaAli, Pengarah Biro Pilihanraya Amanah Melaka dan Hj Alimat Abu dari Amanah Bukit Katil.

Surat bantahan tersebut telah diterima oleh Pegawai SPR Negeri Melaka, Puan Azharina Abdullah.

Menurut kandungan Surat Bantahan yang pertama yang dikemukakan oleh Sofi, beliau menyatakan bahawa sebagai seorang pengundi berdaftar yang sah beliau berhak untuk membuat satu representasi, bersama dengan 99 pengundi yang lain, untuk membantah syor-syor yang dicadangkan pada atau sebelum 04hb Oktober 2016.

Beliau menyatakan pada 16hb September 2016 lalu, beliau telah mengunjungi Pejabat Pos Besar di Bukit Baru, Melaka dan telah memeriksa peta dan dokumen yang dipaparkan oleh SPR dan beliau juga telah memuat turun salinan digital yang sama daripada laman web SPR.

Namun menurutnya beliau tidak dapat melaksanakan haknya untuk membantah kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk menilai syor-syor yang dikemukakan oleh SPR dan seterusnya tidak dapat membuat bantahan yang bermakna (informed objection).

Menurut Sofi, beliau percaya beliau dan para pengundi berdaftar yang lain berhak untuk mendapatkan maklumat yang disenaraikan, demi untuk mencapai kesimpulan yang bermakna (informed conclusion) sama ada SPR telah mematuhi Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Demi mematuhi Seksyen 2(a)- Peta yang memaparkan semua daerah-daerah mengundi. Syor-syor yang dicadangkan tidak menunjukkan daerah mengundi dan sempadan berkenaan. Beliau tidak dapat menentukan sama ada SPR telah memastikan "semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi"

Katanya lagi, demi mematuhi Seksyen 2(b) - mengenai Peta yang memaparkan semua kemudahan pentadbiran. Syor-syor yang dicadangkan tidak menunjukkan sebarang kemudahan pentadbiran. Oleh sebab itu, saya tidak dapat menentukan bahawa SPR telah memberikan sebarang pertimbangan terhadap "kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihanraya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu.

Di samping itu demi mematuhi Seksyen 2(c) - Maklumat-maklumat di bawah diperlukan:

a) Jadual untuk membandingkan pengundi-pengundi yang berada di setiap kawasan pilihanraya (lama dan baru) dan setakat mana perselisihan antara angka purata pengundi (Hasil Bahagi Pilihanraya atau Electoral Quotient) bagi setiap kawasan pilihanraya Parlimen dan Negeri,

b) Semua fakta dan sebab yang mengakibatkan SPR tidak dapat menghasilkan angka pengundi di setiap kawasan pilihanraya Negeri adalah lebih kurang sama banyak.

c) Kategori-kategori kawasan pilihanraya yang telah ditentukan oleh SPR dalam memberikan ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihanraya" dan sama ada langkah tersebut mengambil kira keluasan kawasan tanah, geografi, jalanraya, landasan keretapi, pengangkutan air dan komunikasi.

d) Peta yang menunjukkan kemudahan-kemudahan tersebut dan keluasan kawasan tanah bagi setiap kawasan pilihanraya.

e) Demi mematuhi Seksyen 2(d) - Asas untuk peralihan daerah mengundi daripada satu kawasan pilihanraya ke kawasan pilihanraya yang lain.

f) Demi mematuhi Seksyen 3 - Salinan digital daftar pengundi untuk perneriksaan awam supaya pengundi dapat memastikan kawasan pilihanraya masing-masing dan bakal pembantah-pembantah dan

g) Demi mematuhi Seksyen 4- Penjelasan tentang mengapa kesan syor-syor yang dicadangkan telah mengakibatkan jumlah pengundi yang tidak seimbang (malapportionment) semakin ketara,

Menurutnya lagi memandangkan hanya terdapat satu bulan untuk membuat bantahan, semua maklumat di atas sepatutnya mudah untuk didapati dan dalam bentuk yang ketara dan ringkas.

Beliau dimaklumkan bahawa SPR mempunyai Electoral Geographical Information System dan beliau berpendapat maklumat digital tersebut sepatutnya diberikan akses kepada orang awam supaya pengundi sepertinya dapat membuat membuat keputusan yang bermakna (informed decision) dalam jangka masa singkat yang diberikan untuk menentukan samada SPR telah mematuhi keperluan perlembagaan.

Sofi turut mencadangkan supaya semua maklumat yang dinyatakan di atas dapat disiarkan secara dalam talian melalui lamanweb SPR dan disediakan di semua pusat pemaparan SPR dalam jangkamasa 96 jam memandangkan tarikh akhir bantahan yang semakin suntuk.

Di dalam surat yang berasingan, Sofi juga meminta SPR memberikan penjelasan dan penerangan mengenai Notis yang dikemukakan oleh SPR di bawah Seksyen 4, Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang diterbitkan pada 15hb September 2016 iaitu merujuk kepada Borang Bantahan Urusan Kajian Sernula Persempadan Bahagian Pilihanraya.

Memandangkan bahawa pengundi sepertinya hanya diberikan satu bulan untuk membuat bantahan, beliau memohon penerangan terhadap perkara-perkara berikut yang mengelirukan:

Untuk Perkara 2 dan 3 dalam borang tersebut, samada para pemilih mencatatkan nama kawasan pilihanraya yang dicadangkan atau pun nama kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini?

Untuk Perkara 4 dalam borang tersebut, Sofi persoalkan samada pembantah ditentukan berdasarkan kawasan pilihanraya yang dicadangkan atau pun dalam kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini? Jika adalah berdasarkan kawasan pilihanraya yang dicadangkan, bagaimanakah pemilih membandingkan kawasan pilihanraya pengundi sekarang dengan kawasan pilihanraya yang dicadangkan untuk menentukan jika mereka layak untuk membantah? dan

Didapati bahawa terdapatnya kolum untuk nombor telefon dan alamat emel. Selain daripada 3 orang wakil, adakah ianya wajib untuk semua pembantah untuk memberikan nombor telefon dan emel>

Sofi menyatakan bahawa terdapat pembantah yang mungkin tidak mempunyai alamat emel atau pun nombor telefon. Selain itu, ini menimbulkan isu samada maklumat ini adalah relevan dalam hak perlembagaan untuk membantah terhadap persempadanan.

Memandangkan bahawa tarikh akhir untuk membuat bantahan kian mendekati, Sofi meminta supaya perkara-perkara di atas dijelaskan dalam 48 jam, dan beliau akan merujuk kepada kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini, bersama dengan kawasan pilihanraya baru, dalam kurungan (xxxxxxxxxxxx) untuk tujuan catatan dan pengenal pastian kedudukan pembantah. Tindakan ini adalah selaras dengan rasional bahawa syor-syor yang dicadangkan oleh SPR hanya adalah cadangan sahaja dan cadangan tersebut masih belum disahkan oleh Dewan Rakyat dan menurut Sofi pembantah tidak perlu memberi maklumat tentang nombor telefon dan alamat emel. -GB

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment