AMANAH: "Idris Tiada Authoriti Wakili Majlis Raja-raja"


Idris Haron bukan 'Sultan Melaka'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron harus sedar dirinya bukanlah individu yang layak atau mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak Majlis Raja-Raja.

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata demikian ketika mengulas dakwaan Idris kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak Deklarasi Rakyat yang telah diusahakan parti pembangkang, wakil masyarakat dan beberapa NGO.

Beliau berkata, Idris seolah-olah telah melangkaui kuasa atau hak yang dimiliki oleh Majlis Raja-Raja ketika institusi itu masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Deklarsi Rakyat yang mula digerakkan pada Mac lalu.

"Sejak bila Idris Haron jadi jurucakap Majlis Raja-Raja? Beliau perlu lebih sedar dan tahu kedudukan tertingginya sebagai Ketua Menteri Melaka dan bukannya 'Sultan Melaka'.

"Lebih baik beliau menumpukan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri Melaka," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut tentang Deklarasi Rakyat, Adly menyifatkan gerakan tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.2 juta tandatangan warganegara Malaysia sebagai tanda sokongan.

"Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.

"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan deklarasi berkenaan sepatutnya menjadi penggerak agar semua pihak bertindak bagi melawan rasuah di Malaysia.

Idris yang turut berada dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara minggu lalu bagi mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob mendakwa mesyuarat tersebut menolak Deklarasi Rakyat yang dikemukakan Tun Mahathir itu.

Pengerusi Parti Bersatu tersebut mengadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 15 September lalu untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia' termasuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. -MD

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment