AMANAH Melaka Serah Sumbangan Skim Khairat Peduli


Parti Amanah Negeri Melaka telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada keluarga seorang jurutera, Erman Indera Wan Husni Tamrin, 39, yang meninggal dunia sebulan lalu akibat sakit kanser berdarah. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Sumbangan di bawah Skim Khairat Peduli Amanah Melaka telah disampaikan oleh Sdra Zairi Suboh, Naib Pengerusi Amanah Melaka kepada balu Allahyarham, Zurina Abdullah, 36, di kediamannya di Taman Seri Jati, Batu Berendam, Melaka. Rombongan turut disertai Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Sdra Sofi Wahab.

Menurut Zairi yang juga Ketua Biro Kebajikan dan Bencana Alam Amanah Melaka, seramai 62 orang telah daftarkan di bawah Skim Khairat Peduli Amanah Melaka yang terdiri dari mereka mengidap berbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser, kencing manis dan sebagainya.

"Daripada senarai tersebut, seramai 6 oarang telah menerima manfaat dimana waris-waris telah menerima RM1,000 jika berlaku kematian terhadap penama-penama tersebut," katanya.

Kepada yang ingin menyertai dan mengetahui lanjut berkenaan Skim Khairat Peduli ini boleh menghubungi Sdra Zairi Suboh di talian 014-2305654.

Menurut Zairi lagi, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mengidapi penyakit yang disebutkan diatas dan berada pada tahap 3 dan 4 sahaja buat masa ini. Buat ketika pndaftaran adalah percuma.

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment