SEMUA PIHAK PERLU PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH 2012 - BERSIH TIDAK HARAM


KENYATAAN MEDIA

SEMUA PIHAK PERLU PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH 2012 - BERSIH TIDAK HARAM

1. Semua pihak diingatkan supaya tidak menganggu perhimpunan BERSIH pada 19 November ini kerana ia ternyata membelakangkan keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan BERSIH tidak haram.

2. Kenyataan pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mendakwa 300,000 orang telah menyatakan sokongan untuk berhimpun menentang BERSIH pada 19 November ini adalah amat dikesalkan. Kenyataannya yang berbaur hasutan seperti "perjuangan kita akan kita teruskan walaupun bermandikan darah" amat berbahaya dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera.

3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

4. Keputusan mahkamah itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang dan keputusan untuk mengharamkan BERSIH adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

5. Sebarang kenyataan yang menyatakan perhimpunan BERSIH 5.0 adalah haram adalah kenyataan-kenyataan yang menghina keputusan mahkamah tersebut. Justeru itu ugutan dan ancaman mana-mana pihak juga menghina keputusan itu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

6. BERSIH telah berulang-kali menyatakan dan telah membuktikan bahawa perhimpunan yang diadakan adalah perhimpunan yang aman. Sementara perhimpunan Baju Merah pula hanya untuk tujuan memprovokasi, mengugut dan menghalang perhimpunan aman BERSIH.

7. Justeru itu, AMANAH Melaka menggesa agar rakyat tidak perlu takut menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung 19 November nanti.

ZULKIPLY BIN HARUN
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah negara
Negeri Melaka.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment