AMANAH Melaka Ucapkan Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang Dalam STPM


STPM 2015: 20 calon di Melaka peroleh PNGK 4.00

MELAKA - Seramai 20 dari 1,335 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 di Melaka memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, demikian lapor Sinar Harian.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abu Bakar Sahari, berkata, bilangan itu meningkat berbanding 13 calon mendapat keputusan sama pada 2014.

Menurutnya, pada tahun lalu sebanyak 27 sekolah mendaftar calon untuk STPM dan dari jumlah itu 16 sekolah mencapai prestasi lulus penuh dengan bilangan calon seramai 1,245 orang berbanding 2014 hanya 1,216 calon.

Katanya, selain itu bilangan calon yang berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas meningkat sebanyak 1.12 peratus dari 460 calon yang mewakili 37.52 peratus pada 2014, kepada 488 calon dengan peratusan 38.64 peratus pada tahun lalu.

"Keputusan tahun lalu menunjukkan 11 mata pelajaran juga meningkat dari segi peratus calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A dan A- .

"Keputusan STPM kali ini yang terbaik dari segi Gred Purata Negeri (GPN) setelah format baharu diperkenal sejak tiga tahun lalu," katanya ketika sidang media selepas pengumuman keputusan STPM 2015 Sekolah-sekolah Negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Melaka, Bukit Baru, hari ini.

Tambahnya, selain itu, peratus lulus penuh bagi lapan mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan di antara 0.48 peratus hingga 8.41 peratus.

Di dalam perkembangan berkaitan pihak pimpina Parti Amanah Negara Negeri Melaka hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya cemerlang di dalam peperiksaan STPM yang baru lalu.

"Diharapkan kejayaan cemerlang mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini," ujar Setiausaha AMANAH Melaka, Sdra. Yuhaizad Abdullah.
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment