AMANAH Jasin Selesai Adakan Mesyuarat Agung Penubuhannya


Parti Amanah Negara Kawasan Jasin telah selesai mengadakan mseyuarat agung penubuhannya pada hari Sabtu lalu dimana Sdra. Azrin Abd Majid yang sebelum ini memegang jawatan pengerusi Penaja kekal dipilih menjadi Ketua. Disamping itu, Sdra. Adel Jantan dipilih sebagai timbalan ketua, Sdra Aminuddin jalil dan Ab Halim Said sebagai naib-baib ketua, Amir Samad sebagai Setiausaha dan Hamedi Zakariah sebagai Bendahari.

Sebelum itu, ahli-ahli AMANAH Jasin telah sebulat suara memilih Sdra Hj Kassim Abdullah sebagai Pengerusi Tetap dan Sdra Redwan Sentol sebagai timbalannya, manakala Sdra Azahari Ahmad dan Sdra Hamzah Long masing-masing sebagai Juru Audit.

Lain-lain ahli jawatankuasa yang dipilih ialah:

Zulkiply bin Harun
Yuzi Azhar bin Yusof
Noor Ismail bin Ayob
Mohd Khalid bin Roslan
Omar bin Md.Diah
Mohd Kadir bin Mohd Yassin
Yuhaizad bin Abdullah
Mohd Shahrin bin Mat Jan

Taklimat dan pemilihan jawatankuasa AMANAH Jasin telah dikendalikan oleh Sdra Harun Muhammad, Bendahari Parti Amanah Negara Negeri Melaka yang mewakili Pengerusi AMANAH Melaka yang bertindak sebagai Penegerusi Sementara pada malam itu.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di pejabat AMANAH Parlimen Jasin di Taman Debunga, Merlimau, Melaka dan dihadiri oleh lebih 55 orang ahli, mencukupi bilangan korum untuk mesyuarat penubuhan diadakan.

Persembahan montaj multimedia turut diadakan bagi menyerikan malam mesyuarat tersebut disamping gimik "Himpunan Mansuh GST" yang akan berlansung pada 2 April 2016 di ibukota turut dipersembahkan.

Kesemua AMANAH kawasan-kawasan di dalam negeri Melaka telah memperolehi kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan setakat ini AMANAH kawasan Bukit Katil, Kota Melaka, Masjid Tanah dan Jasin telah berjaya mengadakan mesyuarat penubuhannya.

AMANAH Negeri Melaka sendiri telah mengadakan mesyuarat penubuhannya yang telah dikendalikan oleh Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Pusat, Abang Kardee bin Abang Masagus pada 28 Januari lalu.
















Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Salam kepada Semua,

    Tahniah di atas penubuhan AMANAH Jasin. Moga terus maju jaya. Di harap sayap muslimah iaitu AWAN dapat digerakkan segera.

    ReplyDelete