Wanita Amanah Melaka Sampaikan Sumbangan Sempena Deepavali



Azizah sampai sumbangan sempena Deepavali Sempena Deepavali kali ini, 

Biro kebajikan Angkatan Wanita Parti Amanah Negara, Negeri Melaka atau singkatannya Awan menyampaikan sumbangan kepada penganut beragama Hindu yang kurang bernasib baik.

Ketua Awan Melaka, Mahani Othman Basir berkata program kebajikan sebegini telah dimulakan sejak awal penubuhan Amanah 2 bulan lepas lagi.

 "Kami akan cuba membantu rakyat sekadar yang kami mampu bagi meringankan beban mereka yang mana golongan ini masih ramai jumlahnya". 

"Mereka yang kurang bernasib baik ini kadang-kadang tidak tahu ke mana dan kepada siapa mereka mengadu nasib malang mereka," ujarnya. 

Menurutnya sempena sambutan Hari Deepavali ini Awan Melaka telah telah mengadakan program ziarah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beberapa keluarga masyarakat India di beberapa tempat di sekitar Parlimen Bukit Katil dan Kota Melaka.

"Antara keluarga yang dilawati ialah keluarga Pn Pathumani a/p Thiagarajoo, 42 dari Bukit Beruang."

"Puan Pathumani mempunyai 4 orang anak dan telah 2 bulan tidak bekerja. Sekarang beliau menumpang dirumah kakaknya yang bekerja sebagai pencuci," tambahnya.

Dalam program ziarah tersebut pihak Awan Parlimen Bukit Katil telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Pathumani.

Di Parlimen Kota Melaka, Ketua Awan Kota Melaka, Azizah Wahab bersama-sama dengan Pengerusi AMANAH Kota Melaka, Harun Mohamed dan beberapa Ahli Jawatankuasa Awan turut mengadakan ziarah rumah-rumah masyarakat India.

Awan Kota Melaka juga menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mereka-mereka yang tidak bernasib baik. -Sofi Wahab





Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

    Şirket uzmanlığı.
    1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
    2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.

    ReplyDelete