Khairul Hafiz Menang Lagi, Kini Acara 200m



Khairul Hafiz Jantan dari Melaka memenangi acara 200m Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Stadium Sarawak, sebentar tadi dengan satu lagi rekod baharu kejohanan iaitu 21.03s.

Bagaimanapun catatannya itu tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan yang dicipta oleh Tan Sri Dr M Jegathesan, 20.92s yang dirakamkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Rekod baharu kejohanan yang dicipta oleh Khairul itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Petang semalam, dia merakamkan 21.14s, pada saingan separuh akhir bagi meleburkan catatan lama 21.33s yang dicipta Nazmizan Muhamad kira-kira 14 tahun lalu pada temasya SUKMA Sabah.


TAHNIAH KEPADA JAGUH PECUT NEGARA KHAIRUL HAFIZ JANTAN

Parti AMANAH Negara, Negeri Melaka mengucapkan tahniah kepada jaguh pecut negeri Melaka dan Malaysia Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod 100 meter kebangsaan pada saingan akhir Sukma 2016, di Kuching kelmarin.

Khairul Hafiz menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan masa 10.18 saat memadamkan rekod lama kebangsaan milik Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat yang bertahan selama 18 tahun.

Sesungguhnya kejayaan ini membuktikan kepada kita semua bahawa kegigihan, keazaman, komitmen, kesungguhan dan kekuatan mental mampu menjadikan seseorang itu berjaya dengan cemerlang.

Khairul Hafiz memang terkenal dengan sifat-sifat positif tersebut dan Insya Allah beliau mampu pergi lebih jauh kerana umurnya masih muda.

Kejayaan beliau sudah tentu menjadi kebanggaan kita rakyat negeri Hang Tuah dan ianya menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda di Melaka dan negara kita.

Bakat dan pencapaian beliau ini mesti dipupuk dan dibajai dengan baik dengan memberikan beliau latihan professional, pengurusan mental dan fizikal yang baik serta insentif bagi menghargai kejayaan beliau ini.

Moga-moga beliau akan terus maju dan berjaya pada peringkat yang lebih tinggi iaitu Asia dan Dunia.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Adik Khairul Hafiz Jantan

Mohd Sofi Abdul Wahab
Pengarah Komunikasi dan Media
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka.






Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment