Amanah Melaka Perhebat Cari Sumbangan Untuk PRN Sarawak


Parti Amanah Negara Negeri Melaka sedang memperhebatkan usaha untuk mengumpulkan sumbangan dan derma dari orangramai bagi membantu Jentera Pilihanraya Negeri Sarawak sempena pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan hadapan.

Pengerusi AMANAH melaka, Tuan Hj Adly Zahari telah melancarkan kempen "DANA KAMEK AMANAH SARAWAK" yang memohon agar orangramai menghulurkan sumbangan sebanyak RM20 setiap orang bagi tujuan berkenaa.

Sebelum ini AMANAH Melaka turut menjual kupon Infaq untuk mengumpulkan dana bagi membantu para petugas ke Sarawak. Kupon Infaq yang bernilai RM5 setiap sehelai itu kini sedang giat diedarkan oleh ahli jawatankuasa AMANAH peringkat kawasan-kawasan.

Setakat ini, beberapa kumpulan petugas dari AMANAH Melaka termasuk dari Unit Amal relief (ARiF), Biro Tanah, Pemuda AMANAH dan Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) telah secara bergilir terbang ke Sarawak. Lebih ramai para petugas akan terbang ke negeri Bumi Kenyalang itu menjelang hari penamaan calon yang ditetapkan pada 22 April ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan PRN11 Sarawak akan diadakan pada 7 Mei 2016.

Parti Amanah Negara (AMANAH)) telah mengumumkan akan bertanding dalam 13 kerusi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.

AMANAH Melaka telah ditetap dan ditugaskan untuk membantu jentera pilihanraya Sarawak bagi DUN Beting Maro.

Setiausaha AMANAH Melaka, Tn Hj. Yuhaizad Abdullah sebelum ini menyatakan bahawa rakyat Sarawak perlu dibantu dari segenap segi dan aspek kerana tindakan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Sarawak selama ini telah membiarkan mereka hidup di dalam kemiskinan dan kemelaratan sekian lama.

"Oleh itu, saya merayu tuan-puan untuk menhulurkan sumbangan seberapa ikhlas yang munkin bagi membolehkan AMANAH Melaka membantu rakyat Sarawak dan seterusnya dapat membantu AMANAH melahirkan anak sulongnya untuk DUN Sarawak. " ujarnya

"Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5540 8054 6669 di atas nama PARTI AMANAH NEGARA NEGERI MELAKA," tambahnya.












Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment