AMANAH Melaka Terus Bantu Kempen Calon Beting Maro


Dengan tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Parti Amanah Negara negeri Melaka terus memberi sokongan dengan menghantar para petugas untuk membantu calon AMANAH di Beting Maro.

Kumpulan ke 8 petugas AMANAH Melaka yang diketuai oleh Naib Pengerusi AMANAH Melaka, Sdra Zairi Suboh bersama-sama beberapa ahli Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Melaka dan Pemuda AMANAH Melaka telah selamat sampai ke Sibu menggantikan kumpulan ke 7 yang berlepas pulang semalam.

AMANAH Melaka telah ditetapkan oleh pihak AMANAH Pusat untuk membantu calon Beting Maro di dalam PRN Sarawak 2016.

Di Beting Maro, petugas-petugas dari Melaka menghadiri mesyuarat bersama calon AMANAH bagi DUN Beting Maro, Andri Zulkarnaen Hamden dan hari ini mereka telah berkempen menyantuni rakyat di atas feri ke beladin.

Selepas itu kempen diteruskan dengan "Santai Kedai Kopi" di gerai kampung, di Kg Beladin dalam kawasan N29 Beting Maro.

DUN Beting Maro menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan penyandang dari BN, Razaili Gapor dengan calon PAS, Hamidah Mokhtar dan calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Hud Andri Zulkarnaen

Beting Maro mempunyai 7,868 pengundi berdaftar dan di dalam pilihanraya 2011, BN (PBB) memperolehi 3,069 undi manakala Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.

Portal Malaysia Dateline melaporkan, DUN Beting Maro termasuk di dalam lima DUN selain Sebuyau, Balingian, Kabong dan Damak laut yang kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.

Di dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi AMANAH Negeri Melaka Sdra Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertugas di Beting Maro dan mendoakan agar mereka diberikan ganjaran setimpal oleh Allah s.w.t.

Setakat ini AMANAH Melaka telah berjaya menghantar lapan kumpulan yang melibatkan lebih dari 40 orang petugas yang terdiri dari pimpinan AMANAH Negeri AWAN, Pemuda dan Amal Relief (ARiF) Melaka.

"Bagi pimpinan yang tidak berkesempatan untuk ke Beting Maro, marilah kita sama-sama membantu Beting Maro dengan menggandakan usaha kita membantu dari sudut promosimedia mayadan bantuan kewangan serta doa kejayaan calon AMANAH di Beting Maro," ujarnya lagi.

Sementara itu, pihak AMANAH Negeri memohon dan merayu orangramai agar menhulurkan sumbangan kepada tabung PRN Sarawak bagi membantu para petugas AMANAH Melaka menyempurnakan tugas mereka berkempen memenangkan calon AMANAH di Beting Maro. Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Parti Amanah Negara Negeri Melaka, Maybank no: 5540 8054 6669












Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment