ARiF Melaka Ziarah Dan Bantu Mangsa Kebakaran Di Bukit China


Amal Relief (ARiF) Melaka yang diketuai oleh Sdra Hairil Anwar hari ini telah sempat menziarahi sebuah kawasan kebakaran di Bukit China Melaka. Turut menyertai ARiF ialah skuad Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Peduli Melaka.

Di dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 6.30 petang Ahad lalu, sebuah rumah kayu milik En Abu Husen bin Kader, 56, hangus musnah dijilat api. Kebakaran difahamakan akibat dari lintar pintas.

Kebakaran tersebut telah turut menjejaskan beberapa rumah berhampiran.

Pihak Arif Melaka telah mengambil inisiatif untuk mengumpul sumbangan dari pihak Amal Relief dan dari orang ramai dan sumbangan telah disampaikan oleh Sdra harun Muhammad, Ketua AMANAH Kawasan Kota Melaka kepada keluarga mangsa.

Turut bersama ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him.





Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment