PRN Sarawak: Melaka "All Out" Bantu Calon AMANAH Beting Maro



Parti AMANAH Negara, Negeri Melaka akan turun membantu calon AMANAH di Dun Beting Maro secara 'all out' dengan kekuatan maksima dari segi tenaga, strategik dan logistik.

Phak kami sejak dari awal bulan lalu telah meninjau dan menyiapkan jentera dan prasarana bagi membantu AMANAH Sarawak khususnya di Dun Beting Maro. Pihak kami telah mula menghantar petugas sejak awal Mac sehingga selesai pilihanraya negeri Sarawak nanti.

Kesemua 6 kawasan AMANAH di negeri Melaka secara bergilir-gilir bertugas membantu Penyelaras Dun Beting Maro, Andri Zulkarnaen Hamden dalam merangka dan melaksanakan program mendekati dan mengangani masalah rakyat di Dun Beting Maro.

Dari tinjauan dan pengamatan kami, pengundi Dun Beting Maro amat matang dan terbuka dalam memberikan sokongan kepada parti-parti yang akan bertanding di Dun ini. Buktinya mereka boleh menyertai semua program AMANAH yang dianjurkan pihak Biro Pilihanraya Dun Beting Maro yang diterajui oleh Abang Mohtadar.

Program konvoi anak muda 2 minggu lepas disertai oleh lebih dari 100 anak muda dan orang dewasa lelaki dan wanita. Malah ramai kaum Iban di rumah panjang Mutun dan penduduk Kg Batang Maro beramai-ramai menyertai AMANAH dengan mengisi borang permohonan keahlian AMANAH selepas diberi penerangan ringkas oleh Adri Zulkarnaen; Pengerusi AMANAH Sik Sulaiman Ibrahim dan AJK AMANAH Melaka, Ustas Julasapiyah Kassim.

Kami menjangkakan lebih ramai penduduk di sini akan menyertai AMANAH dalam masa terdekat. Dengan itu peluang AMANAH adalah terbuka luas untuk membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi.

Untuk rekod pembangkang melalui calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus pernah menang di 2 dari 3 Peti Undi dalam Dun pada PRN Sarawak yang lalu. Beliau hanya tewas dengan majoriti 394 pada PRN tersebut.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Pengerusi AMANAH Melaka
Pengarah Komunikasi dan Media AMANAH Melaka
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment