KESESAKAN DI LEBUHRAYA, PLUS PERLU BERTINDAK PROAKTIF
Perkara ini benar-benar menyusahkan rakyat dan membantutkan perjalanan kehidupan mereka pada hari tersebut.
Mereka yang ada temujanji sudah tentu terlambat, mereka yang dalam 'emergency' akan lebih sakit hati, mereka yang sakit akan bertambah sakit kerana tekanan kesesakan tersebut.
Tidak pernah atau jarang sekali pihak Perbadanan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) memohon maaf atas perkara ini.
Oleh kerana itu saya mohon mencadangkan PLUS dan kerajaan mengambil tindakan di bawah ini bagi meringankan beban pengguna lebuh raya PLUS :
1) Memberi potogan harga bila berlaku kesesakan teruk.
2) Jika PLUS enggan kerajaan mesti mengarahkan mereka berbuat demikian
3) Memohon maaf kepada pengguna setiap kesesakan teruk
4) Membuat lebih banyak lencongan keluar ke jalan biasa utk digunakan bila kesesakan berlaku. Lencongan ini hanya dibuka bila berlaku kesesakan
5) Membina lebih banyak R & R utk pengguna
Adalah diharapkan cadangan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kerajaan dan PLUS.
Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Pengerusi
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka
Saya sokong 200%
ReplyDelete