Warga Emas Maut Dihempap Papantanda "DONT MESS WITH MELAKA"


Warga emas maut dihempap papan iklan

Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Pokok Mangga menghala ke Klebang di Melaka pagi semalam

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Ahmad Yusop Omar, 64, seorang pengawal keselamatan dari Taman Tangga Batu meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi.

"Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Mangga kerana lampu merah, sebelum papan iklan berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah," katanya kepada pemberita di Melaka semalam.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata beliau sendiri menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung terlalu banyak papan iklan di sekitar Bandaraya Melaka.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya kini dalam proses menyelaras papan-papan iklan tersebut dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat.

"Kita sudah arahkan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan PBT bekerjasama dengan MICTH (anak syarikat kerajaan Melaka ICT Holding) untuk tujuan papan iklan led.

"Papan ini (papan iklan led) kalau dibina, akan dibina dengan struktur yang lebih kukuh berbanding biasa yang dibina ikut citarasa masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Melaka semalam.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan antara lain bagi mengetahui punca kejadian itu dan butiran kelulusan papan iklan berkenaan.

"Kepada keluarga mangsa yang terlibat, saya rakamkan sedalam-dalam takziah dan diharap bersabar," katanya. - Bernama


Don't Mess With Malacca signboard crushes motorist to death

MALACCA: A signboard crushed a 64-year-old security guard to death at the Pokok Mangga and Klebang traffic light junction Tuesday morning.

Ahmad Yusof Omar, from Taman Tangga Batu, Tanjung Keling, was coming to a stop at the traffic lights when the Don’t Mess With Malacca signboard came crashing down at about 7.15am.

Ahmad Yusof was said to be on his way to work on his motorcycle. -thestar


Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments: