ARIF Dan AWAN Melaka Komited Bantu rakyat


AMAL Relief (ARIF) dan Angkatan Wanita (AWAN) Parti AMANAH Negara Negeri Melaka tidak jemu-jemu membantu rakyat yang memerlukan bantuan dalam apa juga bentuk.

Terbaru ARIF dan AWAN membantu meringankan beban seorang ibu tunggal, Norhashimah Ahmad, 46, yang menderita sakit kencing manis yang kronik. Keadaan beliau memang menyedihkan di mana beberapa jari kaki beliau telah dipotong.

Lebih memilukan beliau juga mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang menderita sakit buang pinggang yang serius.

Beliau tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Alai, Telok Mas.

Bantuan yang diberikan berupa kerusi roda bagi menyenangkan beliau bergerak di dalam rumahnya.

Sumbangan ini amat bermakna kepadanya di mana beliau beberapa mengucapkan terima kasih dengan linangan air mata.

Sumbangan kerusi roda tersebut disampaikan oleh Ketua Parti AMANAH Negara Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamad di rumah Norhashimah semalam.

Turut hadir Pengarah ARIF Melaka, Hairil Anuar dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa ARIF dan AWAN Negeri Melaka. -SW

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment