[BERGAMBAR] "Melabuh Tirai Syawal" AMANAH Jasin Meriah


Majlis Jamuan Melabuh Tirai Syawal anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Jasin malam tadi yang diadakan di Kg. Batu Gajah Merlimau mendapat sambutan luar dugaan dimana rakyat dari pelbagai lapisan kaum telah menghadirinya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi AMANAH Melaka, Tuan Haji Adly Zahari, tetamu jemputan iaitu Pengerusi ANAK yang juga ahli jawatankuasa AMANAH Nasional, Tuan Haji Mazlan Aliman, Sdra Abd Wahab Ibrahim mewakili Keadilan Melaka dan Sdra Saminatan A/L Ganesan, Naib Penegeri DAP Melaka.

Majlis sambutan juga bertambah seri dengan kehadiran ketua Balai Polis Sungai Rambai.

Mazlan di dalam ucapannya melahirkan rasa gembiranya melihat suasana meriah dan harmoni yang ditunjukkan oleh masyarakat tempatan yang hadir di majlis berkenaan.

Beliau juga melahirkan rasa terkilan tentang terdapatnya orang Melayu bersikap apathetik terhadap masalah yang melanda negara.

"Hari ini kita berdepan dengan masalah pindah pengundi, kehadiran pengundi hantu, kehilangan wang negara dalam skandal 1MDB, tetapi masih ramai orang kita terutama bangsa Melayu yang tidak memperdulikan itu semua," kata Mazlan.

Tuan Haji Adly sebelumnya pula telah menyatakan dan mengingatkan perlunya negara dipimpin oleh mereka yang beramanah, bertanggungjawab dan berintegriti seperti yang diterangkan oleh Allah di dalam Surah Ali-Imran ayat 161:

"Tidak mungkin seorang nabi berkhianat dalam urusan harta rakyat (rampasan perang). Barang siapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya."

Sementara itu, Ketua AMANAH Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah turut terharu dengan sambutan yang cukup meriah dan kehadiran tetamu yang cukup membanggakan. Beilau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis jamuan berkenaan terutama mereka yang menghulurkan sumbangan berupa kewangan, tenaga dan buah fikiran sertaa AWAN dan ARiF dan semuga Allah swt mengganjari mereka dengan ganjaran yang setimpal.

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment