Mahkamah Isytihar Kenaikan Cukai Pintu MPHTJ Tak Sah


Mahkamah isytihar kenaikan cukai pintu MPHTJ tak sah

Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan keputusan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang menaikkan kadar cukai pintu sebagai terbatal dan tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata kenaikan itu tidak mengikut prosedur di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

MPHTJ adalah salah satu daripada empat majlis tempatan di Melaka.

Tindakan mahkamah itu dibawa oleh ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dan isterinya Lee Wei Cheng yang rumahnya juga terjejas dengan kenaikan 30 peratus tersebut.

Plaintif berhujah bahawa kenaikan cukai berkuat kuasa Julai tahun lalu adalah tidak sah kerana MPHTJ gagal mengesahkan senarai nilaian terlebih dahulu mengikut Seksyen 143 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya hari ini bersetuju dengan hujah plaintif.

Peguam Ng Kok Peng dan Terrance Chan mewakili pihak plaintif. MPHTJ menyatakan bahawa pihaknya akan meembuat rayuan.

Ketika dihubungi, Khoo menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan untuk rakyat.

Khoo berkata ramai penduduk yang mengadu mengenai kenaikan itu dan beliau mengambil keputusan mencabar kenaikkan itu di mahkamah. -mk

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Assalamulaikum Admin,

    Boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete