[BERGAMBAR] ARiF Melaka Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir Di Merlimau


Hujan lebat tengah malam yang tak berhenti semenjak jam 2 pagi hinggi 7 pagi kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di Merlimau Melaka telah mengalami banjir kilat dan beberapa rumah di Kampung Kilang Berapi telah dinaiki air.

Pasukan Amal Relief (ARiF) Melaka dan Jasin serta pimpinan AMANAH Jasin telah berkesempatan meninjau keadaan rumah-rumah mangsa seterusnya membantu membersihkan rumah yang ditenggelami air berkenaan.

Menurut seorang penduduk tempatan yang enggan disiarkan namanya, banjir yang berlaku berpunca dari parit dan sungai yang penuh dengan sampah sarap dan tersumbat menyebabkan air Sungai Merlimau melimpah naik dan membanjiri rumah-rumah yang berhampiran sungai.

"Keadaan pembangunan dan infrastruktur yang di kawasan tinggi khususnya di Merlimau Utara dan Jalan Jasin menyebabkan air telah melimpah ke kawasan yang lebih rendah di kampung-kampung sebelah bawah ini terutama di Paya Lengkong, Kilang Berapi dan lain-lain," ujarnya lagi.

"Hal diperburukkan dengan keadaan air laut sedang pasang semasa kejadian tersebut," tambahnya.

Seramai 10 orang petugas ARiF telah berjaya membersihkan sebuah rumah dan mengambil masa 3 jam diketuai oleh Sdra Hairil Anuar, Ketua ARiF Melaka dan Sdra. Syafiq yang merupakan Ketua ARiF Kawasan Jasin. Turut serta ialah Naib Ketua AMANAH Jasin, Sdra Aminuddin Jalil dan beberapa orang pimpinan AMANAH Jasin yang lain.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments: