Program tersebut bermula dari pagi hingga tengahari diketuai oleh Naib Ketua AMANAH Bukit Katil Zuraida Hasnon serta Ketua Angkatan Wanita AMANAH Bukit Katil Masturah Hassan.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat memberangsangkan dan mereka rata-rata menyatakan kesediaan untuk turut serta pada jamuan tahun baru Cina anjuran AMANAH Bukit Katil yang dijadualkan berlangsung pada 20 Februari 2016 di Taman Kerjasama Bukit Beruang yang akan bermula pada jam 6 petang.
Ahli Jawatankuasa AMANAH Bukit Katil, Zairi Suboh berkata program edaran limau mandarin ini diadakan bagi sama-sama merayakan kegembiraan kaum Tionghua yang akan merayakan kedatangan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan.
"Kita sama-sama gembira kerana mereka menyatakan sokongan dan kesanggupan untuk hadir pada jamuan yang akan kita adakan nanti"
"Jamuan tersebut terbuka kepada semua kaum dan kita juga akan adakan persembahan tarian naga, nyanyian dan ucapan pimpinan" kata Zairi yang juga merupakan Pengarah Program Jamuan Tahun Baru Cina tersebut.
Naib Ketua AMANAH Bukit Katil, Zuraidah Hasnon pula berkata AMANAH kini semakin dikenali oleh masyarakat di mana pada program tersebut rata-rata masyarakat Tionghua menyatakan sokongan terbuka kepada AMANAH dalam membela rakyat bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan PKR.
"Kita akan terus mendekati rakyat bagi menyelami masalah dan kesusahan mereka yang kini dihimpit dengan masalah kenaikan kos hidup yang melampau disebabkan kegagalan kerajaa mentadbir negara dengan telus dan baik"
"AMANAH juga menjemput rakyat tidak kira apa kaum sekalipun untuk bersama menyertai AMANAH bagi membela kebajikan kita semua. AMANAH menerima semua kaum untuk bersama dengan kita" tambah Zuraidah. -SW
Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete