AMANAH Melaka Akan Hantar Petugas Untuk PRN Sarawak


Pilihanraya Negeri Sarawak bakal berlangsung tidak lama lagi. Kita yakin AMANAH akan bertanding di beberapa kerusi yang dipersetujui bersama oleh majlis Presiden Pakatan Harapan.

Justeru AMANAH Melaka sudah pasti akan menghantar petugas untuk membantu AMANAH Sarawak bagi merealisasikan cita-cita untuk memenangi seberapa kerusi pada PRN tersebut.

Kita yakin pimpinan dan ahli AMANAH Melaka sudah berpengalaman luas dalam pilihanraya dan ianya tidak akan memberi masalah kepada kita untuk memperkuatkan jentera AMANAH Sarawak. Kita difahamkan AMANAH Melaka diperuntukkan sekurang-kurangnya satu dun untuk dibantu.

Sehubungan itu kita sedang menunggu arahan pusat untuk menggerakkan jentera kita dengan lebih giat dan akan mengatur strategi ampuh bagi memenangi hati pengundi Sarawak.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Pengerusi AMANAH Melaka.
Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment