[VIDEO] Rakyat Diseru Turun Beramai-ramai Serah Memo Bantah RUU MKN Kepada Agong


Rakyat diseru turun beramai-ramai apabila Parti AMANAH Negara menyerahkan memorandum membantah Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang dijadualkan pada Mac nanti kepada Yang Dipertuan Agong.

Seruan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negara, Sdra.Faiz Fadzil di satu majlis forum yang diadakan di Graha AMANAH Melaka malam tadi.

Beliau menyatakan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mmempertahankan kuasanya. Beliau memberi contoh mengenai SOSMA [Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)] yang tujuan asalnya untuk membendung keganasan (teroris). Tetapi akhirnya SOSMA digunakan untuk menangkap mereka yang menentang Najib seperti apa yang dilakukan kepada pengkritik Najib iaitu Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh

Namun akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pertuduhan terhadap mereka adalah tidak tertakluk di bawah SOSMA) dan hakim membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

"Sepatutnya yang kena (siasatan SOSMA) terorism ini ialah Najib Razak sebab dia terima dari orang luar," tambahnya.

Beliau menyatakan pelbagai alasan dikemukakan orang Najib untuk mmewajarkan penerimaan derma RM2.6 bilion berkenaan.

"Alasan yang pertama kononnya nak lawan ISIS, kemudian alasan nak lawan fahaman wahabi dan kemudian ada alasan nak lawan DAP. Dia yang terima bantuan orang luar, orang lain yang dedahkan penyelewengannya yang kena tindakan di bawah SOSMA," tambahnya.

Beliau menyatakan undang-undang MKN ini merupaka undang-undang paling zalim yang dibuat di dalam mana-mana negara di dalam dunia. Jika diisytiharkan darurat, anggota Pasukan Keselamatan yang bertugas boleh melakukan apa saja dan mereka tidak boleh didakwa atau disaman sekalipun jika mereka cuai dan berlaku kematian.

Sebelumnya Wan Anwar Wan Ibrahim, Naib Ketua Pemuda AMANAH Negara menyatakan RUU MKN yang diluluskan baru-baru ini dipertikaikan bukan sahaja kerana ia diluluskan secara tergesa-gesa namun ia juga mencabar dan menggugat kuasa institusi tertinggi di dalam negara iaitu kuasa Yang Dipertuan Agong.

"Kuasa mengisytihar darurat yang sebelum ini adalah di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong, kini di bawah pindaan RUU MKN, kuasa itu telah dialihkan kepada Perdana Menteri yang mempengerusikan MKN," ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa RUU MKN ini digunapakai untuk membunuh musuh-musuh politik mereka terutama (pemimpin dari parti) pembangkang.

"RUU MKN ini memberikan kuasa yang amah luas kepada (Najib selaku) Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi 1MDB dan seterusnya menutup segala penyelewengan dan salahgunakuasa yang dibuat oleh kerajaan.

Forum yang dianjurkan oleh Biro Undang-undang AMANAH Nasional bersama Pemuda AMANAH Negeri Melaka telah dihadiri oleh pemimpin dan ahli AMANAH negeri Melaka dan telah diberikan ucapan aluan oleh Timbalan Parti Amanah Negeri Malaka, En Jauhar Muhammad Dawi. Beliau memuji uasaha Pemuda AMANAH Melaka dan mengesyorkan agar forum seperti ini akan dapat dianjurkan lebih kerap agar dapat memberikan kesedaran dan kefahaman kepada ahli-ahli AMANAH unjtuk menyebarkan penerangan kepad arakyat Melaka khususnya.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment